Melantik 3 Scout

10 Perkara Dari Pengumuman JDT Melantik 3 Orang Scout Di Setiap Negeri

Bila JDT isytiharkan nak hantar 3 orang scout cari pelatih di setiap negeri, ada beberapa benda yang kita nampak.

1. Kat Johor tak ramai budak pandai main bola.

2. Budak-budak yang pandai main bola ramai di negeri lain.

3. JDT banyak duit boleh bayar gaji mahal dekat scout. Kebajikan bebudak pastinya terjaga kerana majoriti peminat bola Malaysia berpandangan duit adalah segalanya.

4. Tak salah pun hantar scout ke negeri lain asalkan budak tu tak terikat kontrak. Nak hantar 500 orang scout pun hantarlah. Pergilah cari yang dalam ceruk-ceruk kampung tu. Memang aku sokong.

[AdSense-B]

5. Barcelona yang berpengkalan di Sepanyol pun hantar scout sampai Argentina. Hasilnya dia dapat Messi. Steady je. Kelab-kelab lain memang hantar scout sampai luar negara pun cari budak. JDT hantar ke luar Johor pun nak bising.

6. Penyokong bolasepak Malaysia ni memang masih ramai yang bermentaliti kelas ketiga. Page JST yang so called mentaliti kelas pertama kenapa nak ikut rentak penyokong-penyokong bermentaliti rendah tu?

7. Page JST sendiri yang turunkan professionalisme mereka. Bukan diturunkan oleh penyokong JDT atau penyokong lawan. Perkataan ‘ubi’ tu bagi penyokong ajelah guna.

8. Kenyataan tu seolah-olah nak memperolok-olokkan pasukan lain pulak. Nak hantar scout tu hantar ajelah. Tak perlulah buat kenyataan double meaning yang bermaksud “kami ada duit kami boleh beli anak negeri kau” dengan menggelarkan modal insan yang ada sebagai ubi.

[AdSense-B]

9. Semoga tampuk pimpinan FAM mencontohi inisiatif JDT dalam bab scouting ni. Ke FAM tidur bagi JDT aje buat kerja scouting?

10. Manalah tahu kot-kot nak biar budak tu main dengan JDT sebelum disenaraikan dalam pasukan Harimau Malaya kelak. Nanti boleh cakap FAM tak ada program scouting. Padahal sengaja MENTIADAKAN program scouting FAM. So, ambik ajelah yang ada dekat JDT sebab JDT aje buat scouting seluruh Malaysia selama ni.

Artikel ditulis oleh Peter Vladimir dan mendapat keizinan dari pihaknya tanpa ada perubahan cuma ade pengurangan point no 11. Nak lihat point no 11 boleh melawat ke facebooknya.

Pandangan dari SemuanyaJDT.com

Pada dasarnya kami menyokong point no 5, 6, 7 dan 8. Sebagai kelab yang mengaku sebagai kelab paling profesional di Malaysia, post yang tidak profesional sebegini tidak wajar dikeluarkan. Fanpage official tidak akan melayan provokasi dari pemikat yang disebut ‘haters’ dengan mengeluarkan post ‘double meaning’ untuk mereka.

[AdSense-B]

Jangan menurunkan tahap professionalisme yang ada pada fanpage official walaupun kami sedar semakin lama semakin menyamai mentaliti penyokong bawahan. Ya! Orang Johor gemar bergurau dan mampu menyindir sedara mendalam. Tapi professionalisme tidak berfungsi sebegitu.

Biarkan kepada fanpage lain untuk membalas ‘troll’ lawan.

Baca juga: R. Gopinathan Pemain Sayap Lincah Yang Semakin Hilang Dari Radar JDT

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: