Hazwan Bakri Malaysia

12 Pemain JDT Dipanggil Ke Kem Latihan Harimau Malaya

 

Berikut senarai 24 pemain dipilih pengurus merangkap ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Sabtu ini, 4 November 2017 sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November 2017.

Daripada senarai di atas, 16 pemain yang dipanggil bagi kem latihan pusat sebelum ini pada 4 hingga 11 Oktober lalu telah dikekalkan Vingada untuk panggilan kali ini termasuk dua pemain, Ahmad Hazwan Bakri (JDT) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang) yang tidak dibawa ke Hong Kong, masing-masing kerana kecederaan dan urusan kecemasan keluarga.

[AdSense-B]

Lapan pemain yang digugurkan terdiri daripada penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon (Kedah), Amirulhadi Zainal (JDT) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang mengalami kecederaan.

Sebagai ganti, Vingada telah menyenaraikan lapan nama baharu terdiri daripada penyerang skuad B-22 kebangsaan, Syafiq Ahmad (Kedah) serta tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Bagi kem latihan pusat kali ini, 10 pemain dari Perak, Pahang, Selangor, Felda United dan Pulau Pinang akan melapor diri pada Sabtu ini, 4 November sementara baki lagi 14 pemain dari JDT dan Kedah akan melapor diri pada Isnin, 6 November kerana terlibat dengan Final Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

[AdSense-B]

 Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Buriram melalui Bangkok pada Selasa, 7 November.

Kumpulan B saingan kelayakan ketika ini menyaksikan Lebanon di tangga teratas dengan 10 mata, Hong Kong di tangga kedua dengan 5 mata, Korea Utara ketiga dengan 2 mata dan Malaysia keempat dengan 1 mata. Lebanon dan Hong Kong sudah beraksi empat perlawanan manakala Korea Utara dan Malaysia kurang satu perlawanan.

Sumber: FAM

Baca juga: VIDEO: Top 5 Gol terbaik JDT menentang Kedah (2013-2016)

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: