Origin 4306

13 Kegunaan Lemon Dalam Kehidupan Seharian Ini Akan Menjimatkan Duit Poket Anda

Orang-orang Arab memperkenalkan buah sitrus kecil ini kepada orang-orang Eropah yang kemudian membawa lemon ke Sepanyol pada abad ke-11. Selain mengandungi vitamin C yang banyak, lemon juga mengandungi besi, magnesium, serat, vitamin B6, kalium, kalsium dan folat yang bukan sahaja baik untuk kesihatan malah sangat berguna dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah 13 kepentingan lemon yang dapat menjimatkan duit poket anda.

#1 Menyegarkan peralatan

Rendam span anda dalam air paip yang sudah ditambah dengan perahan lemon. Kemudian lapkan seluruh peti sejuk dan anda akan mendapati bau yang tidak menyenangkan itu hilang. Jadi, anda tidak perlu membeli pencuci khas untuk membersihkan peralatan anda.

#2 Meningkatkan penghadaman

Tidak dinafikan ramai orang yang mengeluarkan belanja yang besar seperti membeli vitamin, makanan tambahan atau ubat demi menjaga kesihatan tubuh badan. Tetapi tahukah anda, dengan meminum segelas air lemon hangat yang ditambah madu pada waktu pagi ketika perut kosong akan dapat membantu meningkatkan penghadaman dan sistem imunisasi badan anda?

#3 Menghapuskan bintik-bintik

Lemon juga boleh membantu menghapuskan bintik-bintik yang tidak diingini. Caranya, potong lemon dan perlahan-lahan gosokkan pada wajah anda. Teknik ini pasti lebih menjimatkan daripada pergi ke spa.

#4 Merawat kuku

Demi mendapatkan kuku yang cantik, kebanyakan orang pergi ke salon kecantikan. Apa kata kali ini anda tukar teknik merawat kuku dengan hanya menggunakan lemon.

Caranya potong lemon tersebut dan sapukan pada kuku anda. Selain itu, anda juga boleh tambahkan jus lemon dalam air suam dan rendamkan kuku anda untuk beberapa minit. Pasti kuku anda lebih segar dan bersinar.

#5 Deodoren semulajadi

Bagi anda yang mempunyai masalah bau badan, pasti deodoren menjadi pilihan anda dan harganya pula bukan murah. Tetapi dengan menggunakan lemon anda dapat menjimatkan duit poket anda. Caranya potong lemon dan sapukan di bawah ketiak anda. Selain menghasilkan bau yang harum, kesan gelap di bawah ketiak anda turut hilang.

#6 Pembersih serba guna

Kupas lemon dan tuangkan 150ml cuka ke atasnya dan biarkan ia semalaman. Keesokan harinya, tambahkan 150ml air paip dan masukkan ke dalam botol semburan.

Anda boleh menyemburnya di ruang tamu, peralatan, langsir dan di tempat-tempat lain kerana haruman lemon sungguh menyegarkan dan ianya tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan peliharaan. Jadi, anda tidak perlu membeli produk pewangi atau pembersih rumah yang mahal.

#7 Membersihkan papan pemotong

Membersihkan kotoran pada papan pemotong agak menyukarkan tetapi dengan menggunakan lemon, kerja-kerja pembersihan akan menjadi lebih mudah.

Caranya ialah, taburkan garam di atas papan pemotong. Gosokkan lemon yang telah dipotong pada papan pemotong tadi. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dibilas. Anda pasti akan berpuas hati apabila mendapati kotoran pada papan pemotong itu telah hilang.

#8 Lemon bertindak sebagai ajen pemutih

Tuala, kain atau pakaian yang berwarna putih akan menjadi lebih cerah dengan cara, campurkan lemon dengan baking soda ke dalam air dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum anda membasuhnya. Kesannya sangat memuaskan.

#9 Menghalau serangga

Untuk memastikan semut keluar dari rumah anda, tuangkan sedikit jus lemon pada ambang tingkap dan pintu. Selain itu, untuk menghalau nyamuk, cucukkan beberapa biji cengkih pada lemon yang telah dipotong separuh dan letakkan di sekitar rumah. Jadi, anda tidak perlu menggunakan Ridsect lagi.

#10 Membersihkan kesan buah beri

Jus lemon akan menghilangkan warna buah beri yang melekat pada tangan anda selepas memotongnya. Selain itu, jika pakaian anda turut terkena percikan buah beri tersebut, basuh pakaian itu dalam air sejuk dan kemudian rendamkannya dalam jus lemon selama beberapa minit.

#11 Membersihkan besi tahan karat

Dengan menggunakan lemon, kotoran pada besi tahan karat seperti singki juga boleh dihilangkan. Caranya gosokkan kulit lemon pada singki anda dan bilas. Selain menghilangkan kotoran, singki anda akan lebih bersinar.

#12 Lemon sebagai pemegang lilin

Jika anda tidak tahu di mana hendak meletakkan lilin anda, apa kata gunakan lemon sebagai pemegangnya. Caranya mudah sahaja. Keluarkan isi lemon dan isikan separuh kulit lemon tersebut dengan lilin cair. Jangan lupa lekatkan sumbu lilin pada tapak lemon tersebut.

#13 Menghilangkan bau kasut

Anda tidak perlu bersusah payah mencari produk lain untuk menghilangkan bau kasut anda. Dengan hanya meletakkan kulit lemon dalam kasut dan biarkan semalaman anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.

Selain itu, anda juga boleh menghilangkan bau kaki anda dengan cara merendam kaki ke dalam air suam yang telah diletakkan beberapa hirisan lemon.

Bagaimana? Menarik bukan? Selain ia dapat menjimatkan tenaga dan masa anda, penggunaan lemon dalam kehidupan seharian juga dapat menjimatkan duit poket anda.

Anda tidak perlu mengeluarkan duit poket yang banyak semata-mata untuk mendapatkan produk pembersih atau pewangi kerana ternyata dengan hanya menggunakan lemon anda akan memperoleh hasil yang memuaskan.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: