Safiqrahim1004

2 Perlawanan Terakhir Melaka vs JDT Dalam Musim 2017

Melaka United akan melayan kunjungan pasukan JDT pada perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala Malaysia 2017 dan mereka mahu memastikan ada sesuatu yang dapat dibawa ke perlawanan kedua yang akan berlangsung di stadium Larkin.

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak dua kali untuk musim ini dan kedua-duanya adalah pada perlawanan Liga Super. Pada ketika itu, kedua-dua pasukan ini dikendali oleh jurulatih sudah tidak bersama lagi sekarang ini. Benjamin Mora untuk pasukan JDT manakala Eric William untuk Melaka United.

[AdSense-B]

Skuad Kijang dilihat bakal menghadapi kesukaran walaupun perlawanan terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Hang Jebat pada May yang lalu. Pada perlawanan tersebut, pasukan JDT bermain dalam jadual yang padat kerana perlawanan tersebut berlaku pada masa JDT menghadapi saingan Piala AFC dan jelas Mora mempunyai perancangannya sendiri.

Safiq Rahim mengambil sepakan percuma yang menarik untuk gol pembukaan sebelum Jeon Woo Young’s menjaringkan gol lewat dua minit sebelum masa perlawanan tamat untuk memastikan 1 mata berharga buat Melaka.

Pada perlawanan sebulan sebelum itu, skuad Eric Williams berputih mata apabila JDT menang selesa 7-0 di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos. Safiq Rahim menjadi pemusnah Melaka apabila menjaringkan ‘hatrik’ tunggal buat diri beliau dalam musim ini.

[AdSense-B]

Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrerra, Amirulhadi Zainal dan Azamudin Akil jugan mencatatkan nama selaku penjaring dalam kemenangan besar ini.

Apa yang akan berlaku pada perlawanan Jumaat ini, apabila JDT yang kini dikendali Ulissess Morais akan memberi tumpuan penuh dalam perlawanan Piala Malaysia menentang skuad kendalian Eduardo Almeida?

Sumber: Goal.com

Baca juga: Eduardo Almeida Berharap Melaka United Mampu Melakukan Kejutan Bertemu JDT Jumaat Ini

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: