Perak Vs Jdt

28,000 Tiket Untuk Aksi Di Stadium Perak, 200 Tiket untuk Penyokong JDT

 

Sebanyak 28,000 tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan dijual kepada para penyokong bermula pukul 10 pagi esok (hari ini).

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 11,000 tiket akan dijual di 10 daerah seluruh negeri manakala selebihnya di Stadium Perak di sini yang merupakan lokasi perlawanan.

[AdSense-B]

Katanya lokasi yang dipilih untuk operasi jualan tiket tersebut adalah Slim River, Manjung, Perak Tengah, Kuala Kangsar, Teluk Intan, Gerik, Kerian, Taiping, Bagan Datuk dan Tapah.

“Setiap daerah kita tetapkan hanya 1,100 tiket dengan 1,000 untuk tiket dewasa dan 100 tiket untuk kanak-kanak.

“Penjualan juga akan dilakukan selama dua hari iaitu Slim River, Manjung, Teluk Intan, Kerian dan Kuala Kangsar bermula Khamis, manakala Jumaat untuk Tapah, Perak Tengah, Taiping, Gerik serta Bagan Datuk,” katanya, dalam sidang media di Pejabat PAFA di sini, hari ini.

perak mehmet durakovic

Beliau berkata, tujuan PAFA menjalankan operasi jualan tiket di 10 daerah adalah untuk mempromosi dan melihat sendiri sambutan peminat terhadap aksi perlawanan separuh akhir tersebut.

“Kita percaya tiket itu akan habis terjual memandangkan ini merupakan perlawanan tumpuan membabitkan dua jagoan dan berharap operasi penjualan berjalan lancar,” katanya.

Selain itu, katanya sebanyak 200 tiket diperuntukkan kepada penyokong JDT yang akan berkunjung ke Ipoh hasil perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ).

[AdSense-B]

“Kita juga telah sediakan tempat duduk khas untuk penyokong JDT di samping pasukan pengawal yang akan menjaga keselamatan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berharap perlawanan akhir itu akan berlangsung atas semangat kesukanan tanpa membabitkan sebarang kekecohan.

“Saya minta semua pihak terutama penyokong kedua-dua pasukan jangan buat perkara tidak sepatutnya, bawa alat terlarang kerana kalau ditangkap ia atas tanggungjawab individu itu sendiri,”katanya.-Bernama

Baca juga: Mehmet Durakovic Idam Kejutkan JDT Walaupun Berdepan Krisis Kecederaan Pemain

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: