Kedudukan Terkini Kumpulan H Resize

3 Pasukan Terikat Mata, Bagaimana JDT Boleh Berada Di Tempat Ke-3?

Selepas perlawanan ke-4 peringkat kumpulan malam tadi, 3 pasukan dari kumpulan H mengumpul mata yang sama. JDT, Persija Jakarta dan Song Lam Nghe An mengumpul 7 mata selepas 4 perlawanan. Berdasarkan kedudukan terkini kumpulan H yang dikeluarkan oleh AFC, JDT berada dikedudukan ke-3.

Nanum begitu, Song Lam Nghe An mempunyai perbezaan gol yang paling banyak iaitu dengan 3 gol diikuti dengan JDT (2 gol) kemudian Persija Jakarta (1 gol). Kenapa JDT berada ditempat ketiga dan bukan tempat kedua? Apabila terdapat persamaan mata, kedudukan pasukan akan ditetentukan oleh 10 perkara dalam gambar dibawah ini.

Berdasarkan 10 perkara tersebut, hanya 2 perkara yang pertama sudah dapat menentukan kedudukan 3 pasukan yang terikat iaitu dengan mata terkumpul dan perbezaan gol diantara tiga pasukan tersebut.

Song Lam Nghe An

[AdSense-B]

Mata = Menang vs JDT (3 mata) + seri vs Persija Jakarta (1 mata) + kalah vs Persija Jakarta (0 mata)

= 4 mata

Perbezaan gol = Jumlah jaringan (2+0+0) – Jumlah bolos (0+0+1)

= 1 gol

Persija Jakarta

Mata = Menang vs Song Lam Nghe An (3 mata) + seri vs Song Lam Nghe An (1 mata) + kalah vs JDT (0 mata)

= 4 mata

Perbezaan gol = Jumlah jaringan (1+0+0) – Jumlah bolos (0+0+3)

= -2 gol

JDT

[AdSense-B]

Mata = Menang vs Persija Jakarta (3 mata) +  kalah vs Song Lam Nghe An (0 mata)

= 3 mata

Perbezaan gol = Jumlah jaringan (3+0) – Jumlah bolos (0+2)

= 1 gol

Kesimpulan

Berdasarkan mata diantara pasukan yang terikat Song Lam Nghe An dan Persija Jakarta mendapat 4 mata dan JDT mendapat 3 mata. Dengan ini JDT berada dikedudukan ke-3. Disebabkan mata yang sama antara dua pasukan tersebut, perbezaan gol pula diambil kira. Song Lam Nghe An berada di tempat teratas kerana mempunyai perbezaan gol yang lebih dari Persija Jakarta.

Baca juga:  JDT Tewaskan Tampines Rovers Di Larkin

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: