Safawi Rasid

3 Pemain JDT dan Seorang Pemain JDTII Dipanggil Ke Kem Latihan Projek Sukan SEA 2017

Sebentar tadi, Ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee telah mengumumkan senarai nama 27 pemain untuk menghadiri kem latihan pusat fasa akhir skuad Projek Sukan SEA 2017 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad ini bagi persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos ini.

Senarai akhir 20 pemain pula bakal diumum pada 12 Ogos. Pemain JDT yang dipanggil adalah Safawi Rasid (JDT), Haziq Nadzli (JDT), Dominic Tan (JDT) dan Syazwan Andik (JDTII). Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil ke kem tersebut:

Skuad B-22 kebangsaan bakal membuka kempen Kumpulan A berdepan Brunei pada 14 Ogos diikuti aksi bertemu Singapura (16 Ogos), Myanmar (21 Ogos) dan Laos (23 Ogos). Kesemua perlawanan berkenaan di Stadium Shah Alam, sepak mula jam 8.45 malam.

Separuh akhir dijadual pada 26 Ogos manakala aksi final pada 29 Ogos.

Baca juga: Izham Tarmizi : ‘Modern Keeper’ Yang Pertama Di Malaysia?


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: