3 Perlawanan Dalam Ingatan Penyokong

3 Perlawanan Menentang Perak Yang Sentiasa Berada Dalam Ingatan Penyokong JDT

 

Kami ada bertanyakan soalan ini kepada penyokong JDT di laman fanpage kami iaitu Semuanya JDT. Pertembungan antara JDT dan Perak pastinya menimbulkan suasana ‘panas’ pada masa perlawanan dan juga selepas perlawanan. Namun, kami amat berharap kejadian ‘panas’ selepas perlawanan tidak berulang lagi.

Berikut adalah 3 perlawanan yang di masih kekal dalam ingatan para penyokong JDT sehingga kini.

1- Perak 3-0 JDT di musim 2013

Perlawanan ini merupakan perlawanan yang paling diingati oleh penyokong JDT. Salah satu duka JDT pada musim pertama selepas penjenamaan semula. Perlawanan ini merupakan perlawanan ke-14 Liga Super 2013 dan berlangsung pada 27 April 2013 di stadium Lumut, Perak.

[AdSense-B]

Inilah komen-komen dari para penyokong JDT.

Asraf Azhar : perak 3-0 jdt, poula rangel hatrick

Sahrizal Sahawab : Masa jdt kalah kt dtadium lumut….rangel pmusnah masa tu…

Paan Ateng II : Yg tak bole lupakn mse paulo rangel hatrick. PerAk 3-0 jdt

Ahmad Hidayat Mohd Idris Lumut

2- Perak 0-1 JDT di musim 2016

Perlawanan ini berlangsung pada 6 Ogos 2016 di Stadium Perak yang juga merupakan perlawanan ke-16 Liga Super 2016. Gol kemenangan JDT dijaringkan oleh Diaz selepas perlawanan disambung di sebabkan oleh masalah lampu lintah. Azinee, Alex dan Lucero juga terlibat dalam gol ini.

[AdSense-B]

Zul Helmi Othman : Perak 0-1 jdt (2016)

Raffiz Jaafar Ok la… JDT menang 1-0 tu la (2016)…batu terbang juga kan? ??????

Nota: Kami berharap kejadian yang berlaku seperti perlawanan ini tidak akan berulang lagi.

3- JDT 4-1 Perak di musim 2015

Ini adalah pilihan kami kerana ia merupakan kemenangan terbesar JDT ke atas Perak dan juga gol Nazrin Nawi yang cantik. Ramai penyokong memang mengesahkan ke’cun’an gol tersebut. Namun, pada musim ini Nazrin telah berpindah ke Perak namum tidak boleh bertemu dengan Perak.

[AdSense-B]

Adakah perlawanan malam ini akan menjadi satu lagi perlawanan yang paling diingati? Sebolehnya dengan keputusan yang positif. Harapnya Penyokong JDT selamat pergi dan pulang dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Baca juga: Jika ada pasukan yang boleh mengalahkan Johor DT adalah Perak – Thiago Junior

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: