Natxo Insa Di Padang Sri Gelam

4 Kesan Kehadiran Natxo Insa Dalam Pasukan JDT

Kami menerima baik kedatangan Natxo Insa dengan hati yang terbuka ke dalam skuad JDT. Kemasukannya pada jendela kedua untuk memantapkan lagi skuad JDT untuk musim ini. Kami juga merasakan dengan kontrak dua tahun, Natxo akan berada dalam perancangan JDT untuk mendapat skuad yang mantap untuk tahun 2018.

Berdasarkan pemerhatian kami, kehadiran Natxo Insa boleh mendatangkan 4 kesan berikut yang akan menambah baikan skuad JDT pada separuh musim ini dan juga musim depan.

1- Memberikan lebih perlindungan kepada pertahanan

JDT sekarang mempunyai masalah untuk mempertahankan kelebihan gol dan sering dibolosi pada minit-minit terakhir. Pemain tengah bertahan sukar untuk memberikan perlindungan sewajarnya kepada pertahanan JDT dalam tempoh 90 minit pertahanan.

JDT selalu mengunakan Afiq Fazail sebangai pemain tengah bertahan dan Afiq juga sukar untuk mengekalkan prestasinya selama tempoh 90 minit. Afiq adalah pemain muda yang masih kurang pengalaman dan diakui oleh coach Mora sendiri. Disebabkan itu , coach Mora juga pernah menurunkan Amirulhadi untuk posisi ini.

Dengan kehadiran pemain berpengalaman seperti Natxo Insa, benteng JDT akan lebih tersusun untuk mematahkan ancaman dari pihak lawan. Namun, Dia perlu cepat untuk memupuk persefahaman dengan pemain yang lain dengan secepat mungkin.

2- Safiq Rahim lebih tumpuan membantu serangan

Safiq Rahim bersama JDT 2017

JDT juga mempunyai masalah dibahagian serangan dan JDT telah membeli Ghaddar untuk mengatasi masalah ini. Namun, pada perlawanan pertama Ghaddar, pemain tengah JDT kurang memberikan lorongan menarik ke Ghaddar. Sukar untuk mengamalkan corak serangan bertukar hantaran kerana Ghaddar seorang penyerang tulen yang akan menyelesaikan sendiri bola yang dihantar kepadanya.

Dengan pengalaman Natxo, beban Safiq Rahim untuk turun bertahan akan berkurangan dan dia akan bebas untuk bergerak dan menjadi perancang utama untuk menjaringkan gol atau memberikan bantuan. Dengan ini, Ghaddar akan mendapat bantuan secukupnya dari Safiq, Guerra dan Cabrera untuk menjaringkan gol.

3- Tiada import yang akan disingkirkan

Natxo Insa akan didaftarkan sebagai pemain tempatan kerana dia boleh mendapat status kerakyatan Malaysia disebabkan neneknya lahir di Sabah. Dia juga mempunyai adik yang sekarang ini bermain dengan pasukan Pahang dan didaftarkan sebagai pemain import.

Sebagai pemain tempatan, JDT akan mengekalkan empat pemain import yang sedia ada iaitu Marcos, Guerra, Cabrera dan Ghaddar. Dikatakan, Ghaddar akan mengantikan tempat Brian namum kami tidak nampak pengumuman rasmi dari pihak JST.

Ini membuatkan JDT seperti bermain menggunakan 5 pemain import dan ia memberikan lebih kelebihan berbanding dengan pasukan lain kecuali Pahang kerana adiknya ada disana.

4- Memperkuatkan formasi 4-2-3-1

Guerra dan Cabrera yang sudah serasi dengan formasi ini berjaya dikekalkan walaupun dengan kemasukan Natxo. Natxo boleh digunakan sebagai ‘lone pivot’ ataupun ‘double pivot’ jika digandingkan dengan Afiq Fazail atau pun Shakir Shaari.

Dengan kehadiran pemain tengah bertahan berpengalaman dan tiga pemain seperti Guerra, Safiq dan Cabrera dibelakang Ghaddar diharapkan formasi ini akan berjaya dan memberikan lebih banyak kelebihan kepada JDT. Kami rasanya formasi ini akan menjadi yang terkuat untuk JDT. Adakah anda bersetuju?

Rumusan

Kemampuan Natxo Insa akan teruji pada perlawanan pertamanya menentang Pulau Pinang di Stadium Larkin pada awal Julai nanti. Adakah dia akan memberikan kesan seperti yang telah kami senaraikan didalam artikel ini? Kami rasa ramai penyokong akan memberikan kepercayaan kepadanya.

Kami mahukan kejituan bagi pertahanan dan kegarangan dalam mencorakan serangan. Selamat berjaya bersama JDT. Kita ada misi yang sangat besar pada musim hadapan juga.

Baca juga: Selamat Datang Natxo Insa, Import Terbaru JDT 2017


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: