4 Pemain Baru JDT

4 pemain baru JDT yang sedang “on form”

Perlawanan pada 3 Mac 2017 menyaksikan JDT melebarkan rekod kepada 56 perlawanan tanpa kalah di home dalam saingan Liga Super selepas menundukkan Pahang 3-2, sekaligus mencipta 4 kemenangan berturut-turut pada tahun ni. Dalam artikel kali ini, kami menyenaraikan 4 pemain baru JDT “on form” yang membantu JDT dalam mengekalkan momentum kemenangan.

  1. Gabriel Guererra

4 pemain baru JDT gabriel guerra

Ketika di awal musim bersama JDT II, beliau menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjaringkan hatrik pertama dalam Liga Perdana ketika menentang Perlis. Bukan sahaja itu beliau juga membantu jentera serangan JDT II supaya dapat menyerang dengan lebih efektif.

[AdSense-B]

Di naikkan pangkat ke JDT atas perjanjian feeder club ternyata membuahkan hasil, seolah-olah dia telah adapt dengan gaya bola sepak JDT yang menekankan total football. Tak lupa juga, beliau satu-satunya pemain yang mencipta hatrik untuk dua liga yang berbeza, kali terakhir ketika menentang Buengket Angkor FC. Buat masa ini, Gabi merupakan penjaring terbanyak JDT dengan jumlah 5 gol setakat ini.

  1. Gonzalo Cabrera

4 pemain baru JDT gonzalo cabrera

Walaupun pada awal musim dikecam sesetengah penyokong oleh kerana kurang menyengat, Cabrerra nyata dilihat memperbaiki cara permainan beliau. Body language dan teknik gelecekan yang baik membolehkan beliau memperoleh 4 gol setakat ini bersama JDT.

Sangat membantu dalam merencana serangan apabila berlaku pertukaran taktikal atau perubahan posisi. Gandingan beliau bersama Gabi membuahkan hasil dan membantu winning streak JDT.

  1. Nazmi Faiz

4 pemain baru JDT nazmi faiz mansor

Menjadi tulang belakang triple pivot bersama Afiq Fazail dan Safiq Rahim, Nazmi dilihat tenang dan kreatif dalam membantu merencanakan serangan ke kubu pihak lawan. Pemain muda ini dikatakan pengganti Safiq melihat prestasi yang ditonjolkan beliau dalam membantu mencipta kemenangan JDT.

[AdSense-B]

Nazmi sudah mencetak satu gol untuk JDT pada musim ini. Kami berharap early peak development ini boleh membantu untu terus mencipta kemenangan untuk JDT.

 

  1. Afiq Fazail

4 pemain baru JDT afiq fazail

Beliau mempunyai ketenangan dan mudah menyerap tekanan yang dibuat oleh pihak lawan. Control ball dan passing accuracy yang baik membolehkan dia mengemudi bahagian midfielder lebih functional dan triple pivot yang lebih berkesan bersama Nazmi dan Safiq.

Tidak keterlaluan untuk kami katakan Afiq merupakan antara pemain tengah paling efektif menjayakan playmaking JDT, mampu mengubah tempo perlawanan dan menjadikan JDT mempunyai penguasaan midfielder terbaik dalam Malaysia. Kami berharap Mora lebih kerap untuk menurunkan Afiq lebih kerap agar momentumnya tidak akan berubah.

Kesimpulan

Setakat ini, 4 pemain baru JDT ini dilihat lebih menonjol dalam sistem 4-3-3 yang di rencanakan oleh Mora. Kami berharap momentum yang ditunjukkan oleh keempat-empat pemain ini mampu membantu JDT untuk mendaki ke puncak liga, seterusnya melayakkan JDT untuk bermain di AFC Champion League 2018. Luaskan Kuasamu!!

Baca juga: JDT membawa 18 pemain ke Myanmar

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: