JDT Pramusim 2018 Di Thailand

5 Pemain JDT Terlepas Aksi Persahabatan di Thailand

JDT akan mengadakan sesi pra-musim di Bangkok Thailand mulai 10 Januari depan. JDT tidak akan membawa 5 orang pemain kerana tugasan negara bersama Malaysia B23. Senarai ramai 23 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia di Kejohanan AFC B23 telah diumumkan semalam.

Terdapat 5 nama dari JDT dan 2 nama dari JDT II. Mereka adalah Haziq Nadzli, Safawi Rasid, Dominic Tan, Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba dari JDT manakala Syazwan Andik Ishak dan Hadi Fayyadh Abdul Razak dari JDT II. Senarai penuh 23 orang pemain boleh didapati disini.

Mereka akan menyertai Kejohanan AFC B23 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018 selepas berakhirnya kem latihan pusat selama dua minggu di Mokpo, Korea Selatan. Tarikh ini bertindih dengan perlawanan pra-musim yang telah dijadualkan berlangsung di Thailand.

Skuad B-23 kebangsaan telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan Korea Selatan yang menyaksikan mereka seri 1-1 dengan Mokpo City FC pada 20 Disember (jaringan Syamer Kutty Abba), menewaskan Honam University 1-0 pada 22 Disember (jaringan Kogileswaran Raj) dan seri 1-1 dengan Jeonju Citizen FC pada 28 Disember (jaringan Safawi Rasid).

Barisan 23 pemain ini akan berlepas dari Seoul, Korea Selatan ke Nanjing, China pada hari ini (Sabtu) untuk perlawanan persahabatan terakhir sebelum kejohanan bertemu skuad B-23 Syria di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing pada Jumaat, 5 Januari 2018.

Seterusnya untuk kejohanan sebenar, skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari bagi menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Jika skuad B-23 kebangsaan berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Januari diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari 2018. Kami ucapkan selamat maju jaya dan berjuang untuk negara.

Baca juga: Corbin Bakal Sandaran JDT Perkukuh Benteng


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *