Ceres Negros Vs Jdt

5 Perkara Yang Kami Perhatikan Semasa Perlawanan JDT Dan Ceres Negros FC

Semalam adalah detik pilu untuk penyokong JDT di mana pasukan kesayangan mereka terlepas satu lagi Piala dimana mereka kecundang di bumi Filipina ekoran kekalahan di tangan Ceres Negros FC menerusi kelebihan gol ditempat lawan.

Perlawanan separuh akhir zonal ini berakhir dengan aggregate seri 4-4. Dalam artikel kali ini, kami akan merungkai dan mengulas beberapa analisa yang kami perhatikan dapat sepanjang 90 minit perlawanan itu berlangsung.

1. Corak bertahan sepanjang permainan

Sudah pasti ianya menjadi persoalan dari penyokong JDT sendiri, mengapa perlu bertahan untuk 90 minit sedangkan sebelum ini Mora mengatakan bahawa JDT akan menyerang bermati-matian untuk 90 minit?

Lihat saja prestasi JDT sehingga minit 30. Ketika itu hanya satu sahaja percubaan yang dibuat oleh JDT manakala 9 percubaan dari Ceres. Ketika itu juga JDT terlalu drop deep dengan kesemua sepuluh pemain di tempat sendiri. Jadi, bagaimana janji untuk kekal menyerang?

Heatmap pemain Ceres dan JDT pada separuh masa pertama

Heatmap pemain Ceres dan JDT pada separuh masa kedua

2. Direct attacking yang tiada matlamat

JDT langsung tak meningkatan intensiti dari babak awal permainan sehinggalah akhir permainan dengan corak direct attacking. Kami juga melihat ada beberapa siri serangan yang dilakukan tapi mereka menggunakan longball namun berjaya ke?

100% kami lihat tidak dapat pada pemain JDT. Positioning yang berterabur, takde fluid, tiada langsung posession ball yang selalu diamalkan JDT. Nampaknya Mora meletakkan JDT dalam keadaan yang sangat sukar.

3. Individual play yang amat teruk

Dalam pemerhatian kami untuk perlawanan semalam, hanya tiga atau empat orang sahaja yang betul-betul menunjukkan dalam komitmen untuk bermain, atau on-form. Selebihnya? Amirulhadi gagal mengawal bahagian tengah dan juga gagal memainkan peranannya sebagai ball winning Midfielder.

Kali ini nampak yang ketinggiannya amat tak relevan dalam memenangi bola. Tapi kredit untuk Safiq dan Afiq, cuba sebaik boleh untuk cover semula bahagian tengah. Gabi pula nampak gugup dalam memainkan peranan freerole sehinggakan beberapa kali terlepas bola di middle third.

Mujur Cabrerra mampu backup Gabi. Dalam kes penalti pada minit terakhir, kami tidak menyalahkan pengadil kerana pengadil sememangnya telah membuat horrible decision untuk 90 minit keseluruhannya, akan tetapi soft challenge oleh Aidil tidak sepatutnya berlaku. Tapi nak buat camne, benda dah berlaku. Nak tak nak terpaksa terima.

4. Isu armband : Beri semula kepada Safiq!

Hal ini kami dapat dari seorang pengguna fb yang tidak mahu dikenali mengatakan armband captain perlu diberi semula kepada Safiq. Ini antara pendapat yang di utarakannya :

“Kalau sebelum2 ni aku sokong Safiq Rahim direhatkan dari menjawat jawatan kapten pasukan memandangkan sifat baran beliau bakal menjejaskan pasukan .. tapi selepas beberapa game penting, aku rasa ini masa terbaik untuk beri balik ‘armband’ kapten pada beliau ..”

“Yeah kita semua tahu Safiq kadang2 terlalu mengikut emosi tapi itu lah karakter seorang yang tidak mahukan kekalahan .. sentiasa bersemangat dan tertekan apabila gagal membantu pasukan mendapat keputusan positif .. “

“Rata-rata penyokong terkejut dengan pertukaran lilitan kapten tersebut pada mulanya .. ada yang menyokong ada yang tidak ..”

“Safiq seorang general yang akan memberi 206% komitmen, tumpuan dan fokus kepada pasukan .. dan ini diakui sendiri Luciano Figueroa dan Alhaji Kamara ..”

“Berbanding Marcos Antonio yang lebih kepada seorang nakhoda yang ‘sangat cool’ .. tak salah untuk terlalu cool tapi pada certain bahagian, kapten harus bersuara dan tegas untuk mengawal permainan sepanjang 90 minit ..”

“Dimarah mereka beralah, diatur mereka atur ..Harap lepas ini beri lah balik ‘armband’ kapten tu ya Mora .. Gelaran ‘General JDT’ Safiq sudah sebati dalam minda penyokong JDT ..”

Apa pandangan anda?

5. Kesebelasan utama yang tak relevan

Isu ni barangkali menjadi topik utama dalam setiap perlawanan melibatkan JDT. Bahkan dalam perlawanan penting pun, player yang tiada vision juga yang dimasukkan dalam kesebelasan utama. Alasan? Mahu menang pertarungan bola di udara.

Barangkali ayat begini mungkin menjadi bahan untuk Mora untuk mempertahankan pemain itu namun, ia semakin tidak relevan kerana pemain itu sangat off-form dan tiada vision untuk meneruskan permainan. Maka kembalikan trio superb JDT. Diorang lebih diperlukan di atas padang.

Kesimpulan

Jangan dikenang piala yang dah terlepas tu .. sesungguhnya orang yang tak boleh move on dengan perkara tersebut, org tu lah yang ketinggalan 50 langkah ke belakang ..

Tapi bila diungkit menang 7 piala dalam masa 3 tahun tak apa .. tu 50 langkah ke depan ..

“Hidup Mora”

MOTM : Farizal Marlias

Kredit untuk beliau yang telah berhempas pulas diserang sehingga terpaksa menyerang pengadil atas provokasi dan sikap “bias” pengadil terhadap penalti yang kontroversi. Dia yang sebelum ini dilihat agak “cool” tidak mampu mengawal perasaan apabila provokasi yang dilemparkan oleh pemain no.10 Ceres. Apa-apa pun bertabahlah Farizal.


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: