Jdt Vs Melaka United

5 sebab kenapa JDT wajib menang bertemu Melaka United

Hujung minggu ini, Liga Super akan bersambung dengan JDT bertemu dengan Melaka United di Stadium Larkin. JDT akan menghadapai 3 perlawanan dalam minggu ini untuk Liga Super. Kami mengharapkan kebangkitan JDT dalam perlawanan yang berikutnya. Sebelum itu, kami ada 5 sebab kenapa JDT wajib menang bertemu Melaka United pada hari Ahad ini.

1. Tidak pernah kalah 3 kali berturut-turut sejak 2013

Sejak pasukan JDT dijenamakan semula pada tahun 2013, JDT belum lagi tewas 3 perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan. Berdasarkan barisan pemain JDT ketika ini, di atas kertas, JDT mampu untuk menewaskan Melaka United yang sekarang ini berada dipertengahan liga.

Tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Kami mempertaruhkan kepercayaan kepada Benjamin Mora dan anak buahnya untuk beraksi dengan lebih baik untuk memperolehi kemenangan dalam perlawanan ini. Pastinya, Melaka United juga akan beraksi dengan baik untuk membantu mencipta rekod ini dan mencemarkan rekod di Larkin.

Sejak TMJ melakukan transformasi JDT hanya mengalami 2 kekalahan berturut-turut pada tahun 2013, 2015 dan 2017. Coach yang membimbing JDT pada tahun tersebut tidak kekal lama. 🙂

Posted by Semuanya JDT on Thursday, 6 April 2017

 

2. Untuk mengelakkan ketinggalan lebih jauh dalam liga

Carta terkini liga super 2017

Selepas 7 perlawanan, JDT sedang ketinggalan 4 mata di belakang pasukan Kedah sebagai pendahulu Liga Super. Kelebihan pasukan JDT ialah kita mempunyai 1 perlawanan di dalam tangan. Jika kita tewas atau seri perlawanan ini, sudah pasti jurang mata akan semakin besar.

Jadi misi wajib menang ini harus diselesaikan dengan baik dimulai dengan perlawanan pada Ahad ini. JDT akan bertemu Kelantan di tempat lawan pada hari Rabu dan PKNS FC pada hari Sabtu juga di tempat lawan. Harus diingat, hanya JDT yang mempunyai perlawanan di pertengahan minggu kerana ini adalah perlawanan yang tertangguh.

3. Mengembalikan keyakinan penyokong kepada pasukan

Selepas tewas 3-1 kepada pahang dan kemudian tewas 3-2 kepada Global FC, ternyata keyakinan dan kesabaran penyokong JDT semakin berkurangan. Pelbagai luahan disuarakan oleh mereka terutama sekali di ruangan fanpage Johor Southern Tiger.

Sebagai penyokong JDT, kami boleh terima kekalahan jika pasukan JDT dapat mempamerkan permainan yang meyakinkan. Kami harap, pemain dapat mengurangkan kesilapan yang boleh mendatangkan ancaman kepada pintu gol JDT. Untuk pihak pengurusan, terimakan komen dan luahan penyokong dengan positif. Nilai semula pemain yang diturunkan. Adakah posisi tersebut sesuai dengan mereka?

lucho melaka united

Berikan sepnuh jiwa ketika bermain untuk JDT. Kami ingin melihat pasukan JDT benar-benar bermain secara falsafah “total-football” seperti yang dicanangkan. Tewas tetapi bermain baik boleh diterima. Tetapi jika permainan seperti tempoh hari, ternyata kami sangat kecewa.

4. Mengelakkan tekanan berlebihan kepada pasukan

Kami yakin ketika ini, semua pemain JDT dan staf kejurulatihan JDT sedang berada di dalam tekanan yang amat tinggi. Selepas tewas kepada Pahang, tewas pula kepada Global FC dengan mudah. Sejujurnya perlawanan bertemu Melaka United ini sangat penting dalam mengembalikan semangat di dalam pasukan JDT itu sendiri.

Pertemuan ini ibarat hidup mati Benjamin Mora juga di dalam pasukan JDT. Sejak kebelakangan ini, kredibiliti nya sebagai jurulatih juga sering dipersoalkan. Prestasi beberapa pemain nampak nya semakin menurun dari sehari ke sehari. Kami rindukan JDT yang mempunyai permainan yang cantik dan variasi serangan yang menarik ketika menyerang.

5. Sudah tiba masa untuk menurunkan pasukan terkuat

Benjamin Mora harus berhenti dari bereksperimen dengan pasukannya sekarang. Selepas lebih dari 10 perlawanan yang dilalui nya, sepatutnya beliau sudah mempunyai kesebelasan utama pilihan nya sendiri. Turunkan pemain yang betul- betul beraksi dengan baik dan kekalkan formasi terbaik JDT untuk musim ini.

Ternyata pemain seperti Afiq Fazail, jika diberikan peluang mampu beraksi dengan baik. Bermula dari penjaga gol, kami merasakan sudah tiba masa untuk Haziq diberikan “debut”. Di bahagian pertahanan kita tiada pilihan yang banyak. Fazly, Junior, Marcos dan Kunalan merupakan yang terbaik yang kita ada setakat ini.

Di bahagian tengah Afiq, Nazmi dan Safiq harus sentiasa diturunkan untuk mendapatkan lebih keserasian lagi. Di bahagian serangan Gabriel Guerra, Hazwan dan Cabrera ternyata berada di kelas tersendiri ketika ini.

Sejujurnya ada tiga persoalan yang bermain di minda sekarang ni.
1- Mora berjanji akan menurunkan pasukan terkuat….

Posted by Semuanya JDT on Thursday, 6 April 2017

 

Kesimpulan

Kami sebagai penyokong tegar JDT boleh menerima kekalahan tetapi bukan dengan pasukan seperti Global FC. Kami cuma mahukan pemain bermain dengan semangat yang tinggi seperti mana semangat kami menyokong mereka yang tidak pernah luntur. Ayuh JDT! Luaskan Kuasamu JOHOR!

Baca juga: Piala AFC 2017: Global FC 3 JDT 2, laporan dan video highlights


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: