Piala Malaysia 2017 JDT Ulisses Morais

5 Sebab Kenapa Perlawanan Piala Malaysia Penting Buat JDT

Piala Malaysia 2017 akan membuka tirai pada malam esok dengan perlawanan pertama peringkat kumpulan. JDT berada dalam kumpulan D bersama dengan Selangor, Sarawak dan juga Terengganu. JDT akan memulakan kempen Piala Malaysia 2017 dengan menentang Sarawak di Stadium Larkin.

Pertambahan 6 lagi perlawanan Piala Malaysia (peringkat kumpulan) dalam kalendar JDT boleh memberikan bebanan kepada coach baru JDT, Ulisses Morais. Namun, diharap coach mampu melaksanakan tugas dengan berkesan walaupun JDT tidak mensasarkan untuk menjulang piala ini.

[AdSense-B]

Namun begitu, kami rasanya perlawanan Piala Malaysia sangat penting buat masa ini. Dalam artikel ini kami senaraikan 5 sebab tersebut:

1- Coach Morais dapat mengunakan semua pemainnya

piala malaysia 2017 JDT semua pemain

Seperti musim yang lepas, Piala Malaysia digunakan untuk memberikan pendedahan atau minit permainan yang lebih kepada pemain yang kurang diturunkan. Pemain utama akan direhatkan untuk diturunkan dalam perlawanan Liga Super.

Inilah peluang untuk coach Morais untuk melihat pemain seperti Gopi, Chanturu, Hasbulah, Nazmi, Safawi, Haziq, Darren, Junior, Gary, Shakir dan Dominic beraksi dalam perlawanan sebenar. Untuk rekod, Darren Lok masih tidak mempunyai penampilan bersama JDT dan Gary belum lagi diturunkan untuk musim ini.

2- Mencari pemain bawah 23 tahun untuk memenuhi syarat feeder club

piala malaysia 2017 JDT feeder club

Pada musim ini, JDT sudah mengguna pakai feeder club dengan membawa naik Guerra dari JDT II ke JDT di luar jendela perpindahan. Untuk mendapatkan kelebihan seperti ini, pada musim hadapan JDT perlu menurunkan 4 orang pemain bawah 23 tahun dalam setiap perlawanan.

Pastinya, pencarian ini perlu bermula dari sekarang kerana JDT tidak akan menjadi pasukan yang kuat pada musim 2018 jika 4 pemain ini hanya mula digunakan pada perlawanan pertama. Mereka merupakan pemain yang kekurangan pengalaman dan minit permainan.

[AdSense-B]

Namun begitu dalam skuad JDT sekarang ini hanya 3 orang pemain yang boleh memenuhi syarat feeder club iaitu Safawi, Dominic Tan dan Haziq. Pada masa yang sama, Safawi dan Haziq tidak akan bersama dengan JDT dari 5 Julai hingga tamat Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Bangkok pada 25 Julai.

3- Memantapkan taktikal dan keserasian pemain

piala malaysia 2017 JDT taktikal

Coach Morais hanya mempunyai masa seminggu bersama pemain dan barisan kejurulatihan JDT ketika persediaan menentang Pulau Pinang dalam Liga Super pada Sabtu lepas. Pastinya Morais memerlukan lebih masa dan perlawanan untuk mencari keserasian pemain.

Disebabkan jadual yang padat, penggiliran pemain perlu dilakukan. Kesebelasan pemain akan sentiasa berubah sekiranya coach Morais mengambil kira point yang pertama. Selain itu, pemain juga perlukan masa dan perlawanan untuk memahami taktikal coach dan juga mencari kesefahaman diantara pemain.

4- Peluang pemain untuk membuktikan masih layak bersama JDT

piala malaysia 2017 JDT layak

Pemain yang diturunkan dalam setiap perlawanan perlu membuktikan kepada pihak pengurusan dan juga penyokong bahawa anda masih lagi layak menyarung jersi JDT pada musim hadapan. Tanamkan semangat inginkan kemenangan dan bencikan kekalahan.

[AdSense-B]

Pemain perlu bermain bersungguh-sungguh demi lencana didada walaupun ramai yang mengatakan mereka ini skuad kedua JDT yang lemah. Jangan bermain ala kadar disebabkan pengurusan JDT tidak mensasarkan piala ini. Bayangkan jika JDT berjaya menjulang piala ini dengan hanya menggunakan skuad kedua? Pastinya pemain akan tersenyum bangga.

5- Merancang untuk pembentukan skuad 2018

piala malaysia 2017 JDT skuad 2018

Berdasarkan 4 point di atas, coach Morais perlu mula merancang untuk pembentukan skuad JDT 2018 yang kuat. JDT perlu menjuarai Liga Super 2018 sekiranya ingin beraksi dalam Piala ACL 2019 sekiranya Malaysia berjaya mendapatkan satu slot automatik.

Lebih jauh JDT mara dalam Piala Malaysia, bertambahlah jumlah perlawanan yang akan JDT hadapi. Dengan jumlah perlawanan yang banyak, 4 point sebelum ini boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan. Ditambah pula dengan syarat feeder club, lebih ramai pemain akan ditunjukkan jalan keluar.

Baca: Natxo Insa Permata Baru JDT – Morais

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: