Pemain Jdt Dipanggil

6 Pemain JDT Dipanggil dan Seorang Digugurkan Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Seramai 6 Pemain JDT dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Johor Bahru, Johor bermula Sabtu ini, 30 September 2017. Sementara itu, seorang pemain JDT dari skuad kebangsaan yang lepas digugurkan.

Berikut adalah 6 pemain JDT yang terpilih dan Aidil Zafuan digugurkan.

Kem ini digunakan sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium Kim Il-Sung, Pyongyang pada 5 Oktober dan Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Oktober 2017.

Berikut pula senarai lengkap 24 pemain yang dipanggil Nelo Vingada. Nampaknya, beliau melaksanakan apa yang dikatakannya untuk memanggil beberapa pemain bawah 23 tahun yang beraksi cemerlang pada Sukan SEA yang lepas.

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Piala Malaysia 2017, Johor DT 1 Melaka United 1


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: