Kobis Dalam Pasu

Inilah 6 Tip Tanam Kobis Dalam Pasu Yang Menjadi, Cuba Dulu Baru Tahu Mudah Sangat

Kobis, antara sayuran yang memerlukan jangka masa yang lama untuk di tuai. Kebiasaanya, kobis perlu di tanam 3-6 bulan untuk mendapatkan hasilnya. Namun, ramai yang mengalami masalah apabila kobis yang ditanam tidak membentuk. Ini tip yang dikongsikan oleh Serum Transform Bunga untuk hasilkan kobis yang cantik dan menajdi:

Acapkali ada teman yang tanam kobis dalam pasu tak berapa jadi.. Kan

Jom saya kongsikan 6 tips MUDAH untuk anda dapat hasil yang segar dan besar.

  1. JANGAN petik kelopak daun kobis. Ini boleh menyebabkan bola kobis gagal terbentuk dan pokok akan meninggi.
  2. Pindah dan TANAM semula apabila pokok kobis ini telah mula meninggi menampakkan batangnya. Penanaman semula ini perlulah pastikan batangnya nanti tertanam separuh ke dalam tanah.
  3. Gunakan pasu @ polibeg yang saiz BESAR. Memudahkan akar dapat bernafas dan lebih kukuh cengkaman pada media tanaman.
  4. Pastikan BIJI BENIH yang sesuai iaitu jenis tahan di kawasan tanah rendah. AUTUMN QUEEN boleh menjadi pilihan anda sesuai tahan cuaca panas.
  5. PENCAHAYAAN amat penting dan pastikan pokok kobis anda menerima cahaya optimum. Ini bagi membolehkan proses tumbesaran berlaku secara lengkap dan maksimum.
  6. Anda boleh letakkan naungan gunakan plastik ‘netting’ warna BIRU untuk memberikan biasan cahaya kepada pokok kobis untuk lebih cepat padat dan berat.
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *