Sambal Memukau

7 Jenis Sambal Memukau Boleh Buat Untuk Menu Seminggu. Gerenti Meleleh

Boring dah asyik sambal yg sama tiap minggu? Kak Mazliza berkongsi resipi sambal yang sedap untuk kamu buat hari-hari gerenti memukau! Boleh simpan buat koleksi aneka jenis sambal ni.

SAMBAL GORENG GARING

Bahan:

  • 3 biji cili masak
  • 25 tangkai cili padi(akk guna cili padi merah)
  • 1’biji bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
  • Sedikit belacan
  • 1 kpng asam keping
  • Garam n perasa

Cara:

  • Mesin kasar bhn bertnda *
  • Tumis bhn hingga betul2 garing
  • Masukkan asam keping,garam dan perasa
  • Siap!! (Klu utk mkn kat rumah je..biasa akk buh tomato utk gnti asam keping…lg sedap..tp sb ni nk simpan lama..so akk buh asam keping)

SAMBAL TUMBUK PETAI + IKAN

Bahan:

  • 2 ekor ikan selayang/kembung(goreng)
  • *1 biji bwng besar
  • *15 tangkai cili padi
  • *2 ulas bwng putih
  • Sedikit garam
  • Petai-2 papan

Cara:

  • Goreng sekejap bhn bertanda * hingga agak layu
  • Asingkan ikan dr tulang
  • Tumbuk semua bhn * yg dh d goreng td bersama sedikit garam(tumbuk jgn hancur sgt)
  • Masukkan isi ikan goreng
  • Akhir skali masukkan petai kopek n tumbuk pecah2 je petai tu..

SAMBAL TOTOK

Bahan:

  • 1/2 gengam ikan bilis kopek(basuh dan rendam)
  • *30 tangkai cili padi merah+hijau
  • *1 biji bwng besar
  • *3 ulas bwng putih
  • *sedikit belacan
  • Sedikit garam
  • 1biji limau nipis
  • Goreng bahan bertanda * hingga layu dlm minyak yg sedikit

Cara:

  • Tumbuk semua bahan yg d goreng td dgn sedikit garam
  • Tumbuk pecah2 manja je…
  • Masukkan ikan bilis yg dah d toskan dan tumbuk sebati..
  • Perahkan limau dan gaul sebati..
  • Siap!!!mkn plk dgn nasi panas…terangkat!!!

SAMBAL TERUNG GORENG + IKAN TUMBUK

Bahan:

  • 1/2 biji terung pnjng(potong2 dan goreng)
  • 2 ekor ikan selayang(goreng n ambik isi shj)
  • *15 tangkai cilipadi
  • *3 ulas bwng putih
  • *1biji bwng besar
  • Sedikit garam

Cara:

  • Goreng bhn bertanda * hingga layu
  • Tumbuk bhn yg dh dgoreng layu td dgn garam
  • Masukkan isi ikan dan tumbuk ..
  • Akhir skali..masukkan terung dan tumbuk pecah2 je

SAMBAL GESEK

Bahan:

  • 1genggam cili api
  • sedikit belacan
  • 1 biji bwng besar
  • 2 ulas bwng putih
  • 2 sudu ikan bilis-goreng garing n tumbuk pecah2
  • 1 biji asam limau

Cara:

  • Tumbuk cili,bwng besar,bwng putih n belacan pecah2 je…jgn lumat
  • Tumis bhn tumbuk hingga garing..masukkn sedikit perasa..x perlu tmbah garam klu x suka masin
  • Setelah bhn garing..masukkn ikan bilis yg d tumbuk td n kacau rata
  • Hidangkn dgn limau nipis..klu suka masam..lbhkn lg limau..mkn dgn nasi panas2…cnfirm merah telinga…
  • *utk yg x suka pedas sgt..blh campur cili api n cili masak..rasa ttp sedap cuma kurang pedas je..

SAMBAL LIMAU NIPIS

Bahan:

  • Cili besar/cili msk-2 biji
  • Cili padi-7/8 biji
  • Sedikit garam
  • Sedikit belacan

Cara:

  • (Tumbuk lumat bhn di ats)
  • Bila dh lumat…masukkan 1 sudu mkn gula..lenyekkan dgn lesung..
  • 1 biji limau nipis(hiris n perahkn airnya dlm sambal td..klu suka..blh hiriskn kulitnya nipis2 n gaulkn dlm sambal
  • Siap!!!

SAMBAL IKAN MEMPELAM MUDA

Bahan:

  • 2 ekor ikan kembung-bakar or rebus
  • 15 tangkai cili api
  • 3 biji mempelam telur(muda)-cincang2
  • *klu pelam besar..sebiji pun ok
  • sedikit garam

Cara:

  • Tumbuk cili api + garam hingga lumat
  • Masukkan pula ikan rebus /bakar td n tumbuk lagi
  • Akhir sekali masukkan mempelam yg d cincang dan tumbuk2 manja gitu…siap !!!
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *