Darren Lok Harimau Malaya

7 Pemain JDT Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada memanggil 24 pemain ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Melaka bermula 14 Ogos ini sebagai persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan ini.

Tujuh orang pemain JDT yang dipanggil adalah Hazwan Bakri, Safiq Rahim, Amirul Hadi, Azrif Nasrulhaq, Aidil Zafuan, Darren Lok dan Fadhli Shas. Malaysia akan bertemu Syria pada 22 Ogos, Macau pada 25 Ogos dan Myanmar pada 29 Ogos.

[AdSense-B]

Malaysia juga akan menghadapi perlawanan kedua Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September 2017. Berikut adalah senarai penuh 24 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan.

[AdSense-B]

Baca juga: Liga Super: Rekod Tanpa Kalah JDT Di Halaman Sendiri

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: