JDT Tewaskan Melaka United Safiq Rahim

7 perkara daripada perlawanan JDT tewaskan Melaka United 7-0

Selepas 2 kekalahan berturut-turut, JDT memberikan kemenangan besar malam tadi dengan membenam Melaka United dengan keputusan 7-0. Sempena dengan 7 gol yang berjaya dihasilkan kami bawakan 7 perkara daripada perlawanan JDT tewaskan Melaka United ini.

1- Kembali kepada kemenangan

JDT bertindak balas dengan bergaya setelah mengalami 2 kekalahan berturut-turut di tangan Pahang dan juga Global FC. Mereka bukan setakat menang tetapi mendominasi permainan dengan berjaya menghasilkan jumlah jaringan yang besar dari 5 pemain berbeza.

Kemenangan ini dapat menaikan moral para pemain untuk mengharungi perlawanan yang padat dalam bulan ini. JDT akan bertandang menentang Kelantan dan PKNS FC dalam minggu ini juga dan diharapkan dapat mengekal momentum kemenangan ini.

[AdSense-B]

2- Melebarkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri

Dengan kemenangan ini, JDT mencatatkan 57 perlawanan tanpa kalah di stadium MPPG dan Larkin ataupun 50 perlawanan tanpa kalah di stadium Larkin. Ini hanya untuk perlawanan dalam Liga Super sahaja.

Selain itu, JDT juga mencatatkan 33 perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri dalam semua kejohanan. Boleh samakan dengan rekod BVB tanpa kalah sehingga 2 tahun.

3- Boleh berada di atas carta liga buat kali pertama

carta terkini liga super 2017

Kedudukan JDT dalam carta Liga Super 2017 hanya dibezakan 2 mata dengan pasukan tempat pertama dan kedua selepas JDT tewaskan Melaka United. JDT kekurangan satu perlawanan yang akan dilengkapkan pada Rabu ini. Jika JDT menang keatas Kelantan Rabu ini, JDT akan naik ke tangga teratas buat pertama kali dalam musim ini.

Menerusi post terbaru di JST, kemenangan ini meningkatkan motivasi para pemain dan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan 3 mata di Kota Bharu Rabu ini.

[AdSense-B]

4- Safiq Rahim menghampiri penjaring terbanyak JDT

safiq rahim penjaring terbanyak jdt

Buat masa sekarang, penjaring terbanyak JDT adalah Jorge Pereyra Diaz dengan 48 gol manakala Safiq Rahim sudah mengumpul 46 gol. Makanya, hanya 3 gol lagi diperlukan oleh Safiq Rahim untuk memintas rekod Diaz ini. Kami rasakan, rekod ini akan jadi milik Safiq dalam bulan ini.

5- Posisi Yol yang betol

JDT tewaskan Melaka United yol

Sebelum perlawanan ini, Yol selalu diletakkan sebagai pemain tengah bertahan dan juga pemain pertahanan tengah. Posisi ini membuatkan persembahan Yol merudum dan menjadi kecaman para penyokong JDT. Kami untuk pernah mengetengahkan masalah posisi yang salah untuk Yol.

Tetapi, untuk perlawanan ini, Yol diletakkan pada posisi yang selalu dimainkan semasa era Mario Gomez. Dia bergandingan dengan Safiq Rahim untuk merencanakan serangan, mencari ruang untuk membawa bola keatas dan ada kalanya membantu Afiq bertahan.

Gol solo jaringan Yol membuktikan nalurinya untuk menyerang sangat tinggi daripada untuk bertahan. Kami harap jangan diletakkan lagi Yol untuk posisi DMF. Kita sudah mempunyai Afiq dan juga Shaakir.

6- Jaringan terbanyak musim ini

[AdSense-B]

Musim ini, kita menghadapi masalah ketumpulan dibahagian serangan. 3 kekalahan terpaksa dihadapi walaupun JDT mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Untuk berpesta gol sama sekali tidak terlintas dalam pemikiran penyokong JDT.

Walaupun JDT tewaskan Melaka United yang masih bergelut di zon bawahan, kemenangan besar ini menaikan motivasi para pemain JDT untuk menghadapi perlawanan yang akan datang. Keputusan ini juga menjadi keputusan terbesar yang dicatakan dalam Liga Super 2017.

7- Kemasukan Shaakir dan Gopi

JDT tewaskan Melaka United gopi

Para penyokong JDT sangat mengharapkan pemain yang jarang diberikan peluang dapat bermain dengan JDT. Kemasukan Shaakir dan Gopi memberikan kecerian kepada penyokong dan mereka juga membuktikan mereka akan bermain bersungguh-sungguh demi JDT.

Kami juga berharap empat pemain yang masih belum diturunkan oleh coach Mora akan mendapat peluang masing-masing pada perlawanan akan datang.

Baca juga: Liga Super 2017: Previu JDT vs Melaka United

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: