Hilangkan Misai Wanita

Inilah 7 Petua Hilangkan Misai Wanita & Bulu Pada Wajah

“Kenapalah dalam adik-beradik perempuan, aku yang banyak tumbuh bulu. Tengok ni, sampai kat atas bibir pun tumbuh bulu, dah macam misai. Sorry ya, I perempuan asli! Macam mana ni? Nak tarik buang, mesti sakit. Nak cukur? Nak letak wax? Tak ada ke petua hilangkan misai wanita yang tak sakit?”

Lebihan bulu di kalangan wanita memang memalukan. Bukan apa, kalau di tempat yang tersorok, boleh lagi cover. Macam mana kalau tumbuh banyak kat atas bibir? Nampak macam ada misai sahaja.

Kalau dicabut, orang kata akan tumbuh dengan banyak lagi. Kalau wax pun, perit juga. Tiadakah cara yang tidak menyakitkan?

Jika anda mengalami masalah ini, mari cuba petua hilangkan misai wanita dengan 7 cara semulajadi ini. Apa yang pasti, ia tidak menyakitkan!

7 Petua Hilangkan Misai Wanita Serta Bulu Pada Wajah
Ini 7 petua hilangkan misai wanita serta bulu-bulu halus pada wajah yang tidak diingini.

1. Susu Kunyit
Caranya: Campur sesudu serbuk kunyit dan sesudu susu untuk membentuk pes. Sapu pes pada bahagian atas bibir dan biarkan kering, kemudian baru dibilas. Lakukan dengan kerap sehingga bulu hilang.

2. Putih Telur
Caranya: Masukkan satu sudu serbuk kunyit dalam telur putih yang sudah dipukul. Sapu pada misai dan biarkan antara 45 hingga 60 minit, baru tanggalkan masker tersebut. Lakukan empat kali seminggu.

3. Tepung Jagung
Caranya: Campurkan 10 ml jus lemon, 150 ml air, bersama 30 gram tepung jagung. Ia akan menjadi larutan yang likat. Sapukan pes ini pada bahagian wajah anda dan biarkan ia mengering sekitar 15 minit. Tanggalkan pes itu dengan menarik ‘kulitnya’ perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih.

4. Betik
Caranya: Lenyekkan setengah biji betik masak sehingga menjadi pes. Kemudian, campurkan setengah sudu serbuk kunyit. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu basuhkan muka dan ulangi beberapa kali.

5. Tepung Beras
Caranya: Gaul setengah sudu tepung beras bersama satu sudu yogurt. Sapu pes pada atas bibir dan biarkan kering. Urut perlahan-lahan sehingga hilang pes. Lakukan dua kali seminggu.

6. Pisang
Caranya: Lecek sebiji pisang. Sesudah itu, masukkan dua sudu oatmeal. Gaul dan sapu pada atas bibir. Sambil itu urut perlahan-lahan selama 12 hingga 15 minit. Lakukan dua kali seminggu. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.

7. Gula
Caranya: Panaskan beberapa sudu gula dalam kuali selama satu minit. Masukkan sedikit jus lemon dan gaul hingga menjadi pekat. Sejukkan dan sapu pada atas bibir. Kemudian ambil kain kering dan letak pada larutan pekat tadi. Urut perlahan-lahan dan tarik kain mengikut arah lawan bulu tumbuh.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan madu asli untuk disapu pada wajah. Ia dipercayai dapat memberi kesan yang sama.

Sesuai untuk semua wanita!
Semua petua hilangkan misai wanita ini tidak memberi kemudaratan pada kulit, lebih-lebih lagi yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga mampu membuang bulu lebihan yang tidak diperlukan.

PERMANENTLY REMOVE PUBIC & BODY HAIR WITH TURMERIC POWDER

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *