Tip Suami Isteri

7 Tip Berguna Buat Suami Isteri Untuk Memudahkan Urusan Seharian

Zaman sekarang ni, bukan suami sahaja yang berkerjaya. Kaum isteri juga turut memikul tanggungjawab mencari rezeki bagi menyara keluarga. Oleh sebab kedua-dua pasangan suami isteri bekerja, pengurusan rumah tangga kadang kala tidak sempat diuruskan dengan baik.

Kewujudan tips-tips dan petua yang dikongsikan orang ramai boleh membantu pasangan suami dan isteri untuk mengendali kerja rumah dengan lebih terurus dan cepat. Memahami kekangan masa terhad pasangan suami dan isteri yang mungkin tidak berpeluang mengkaji tips yang sesuai, ini kami senaraikan tujuh tips yang sangat berguna untuk anda sekeluarga;

1. Tips Jimat Beli Dan Simpan Lauk

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Facebook Fieya Badar yang berkongsi cara-cara untuk berjimat sewaktu membeli lauk dan bagaimana cara penyimpanan yang dilakukan. Hanya dengan bajet RM150 hingga RM200 sahaja, Fieya sudah siap menyimpan bekalan lauk tiga minggu untuk keluarganya. Jom ikut cara Fieya!

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

2. Tips Simpan Sayur Tahan Lama

Sayur ni memang agak sensitif. Selalu sahaja ada sayur yang kita beli cepat kering dan layu walaupun disimpan dalam peti ais. Oleh sebab itu, Rohanoradila Aidil telah berkongsi di laman Facebook miliknya bagaimana untuk membuatkan sayur lebih tahan lama. Selain tidak membasuh sayur-sayuran yang dibeli supaya tidak mudah lembik, Rohanoradila juga berkongsi beberapa tips berguna lain. Haa pergi tengok dekat Facebook!

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

3. Petua Hilangkan Karat Kuali Dan Periuk

Bila dah kerap kali memasak, kuali dan periuk kita pasti akan bertukar wajah. Dari putih bersinar jadi berkarat dan berkerak hitam, satu akaun di Facebook ini berkongsi cara menghilangkan karat pada kuali dan periuk kita dengan cara mudah. Salah satu caranya adalah dengan menggosok asam jawa pada permukaan kuali yang berkarat itu. Jika tiada asam jawa, anda boleh juga cuba beberapa lagi cara lain yang dikongsikan.

Sumber: Facebook

Sumber: Blog

4. Tips Masak Cepat

Memasak ni selalunya memang mengambil masa yang lama. Kalau tidak dua jam, satu jam tu sudah pasti. Dengan banyak lagi senarai perkara yang perlu disiapkan dalam sehari, kadang-kadang kita boleh rasa terbeban kerana memakan masa. Norhafiza Wati Rafeei berkongsi di laman Facebook bagaimana nak memasak dengan cepat, semua siap dalam 20 minit je! Selain mengupas bawang di hujung minggu, banyak lagi tips yang Norhafiza kongsikan.

Sumber: Awan Biru

Sumber: Leisure

5. Tips Halau Serangga

Keadaan rumah tidak lari dari dikunjungi serangga-serangga seperti semut dan lalat. Kadang-kadang lipas pun ada. Untuk mengatasi masalah ini, sebuah akaun Facebook telah berkongsi tips-tips untuk menghalau serangga. Tahukah anda daun kari boleh halau lalat? Baca pelbagai tips menarik dan mudah untuk halau semut, lipas dan tikus di entri itu.

Sumber: Blog

Sumber: Arba Media

6. Tips Kemas Kain

Setiap hari pasti ada kain untuk dilipat dan disimpan. Kuantiti pakaian juga semakin banyak seiring usia sehingga kadang kala tidak cukup untuk disimpan dalam satu almari sahaja. Satu akaun Facebook telah berkongsi cara melipat pakaian dengan lipatan kecil bagi menjimatkan ruang almari. Anda boleh baca tips kemas pakaian dan memaksimakan ruang dalam almari. Berguna juga tips macam ni!

Sumber: CARI

Sumber: Blog

7. Tips Persiapan Bersalin

Ini penting untuk bakal ibu yang mahu menimang cahaya mata. Jika anda tidak pasti keperluan ibu dan bayi yang mana perlu di bawa ke hospital untuk diguna selepas bersalin, Nadyia Yaya telah berkongsi di laman Facebook berkenaan apa yang patut dipersiapkan. Persalinan baju untuk ibu dan bayi sudah menjadi kemestian, Nadyia menyenaraikan beberapa barangan lain seperti termos dan baby wipes yang perlu di bawa.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Sudah tentu, semua ini bukan hanya dilakukan oleh kaum ibu atau isteri. Bagi suami atau bapa juga boleh amalkan untuk bantu pasangan anda kan! Berguna tips-tips ni semua ?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: