Amirul Hadi Menjadi Mangsa Eksperimen Benjamin Mora

Adakah Amirul Hadi menjadi mangsa eksperimen dan sistem Mora?

Kami rasa ramai penyokong JDT yang masih belum boleh move on dengan aksi Amirul Hadi aka Yol dan keputusan seri semalam. Kami juga telah menulis mengenai aspek yang boleh JDT tingkatkan. Tetapi, petang ini En Axello Firmino menyuarakan pendapatnya mengenai perlawanan tersebut dan Amirul Hadi menjadi mangsa eksperimen.

Keseluruhan point yang diutarakan memang kami setuju sejak Yol digunakan sebagai DM dan CB apa peringkat awal musim ini. Apakah yang dinyatakan olehnya? Boleh baca dibawah ini:

[AdSense-B]

“Ramai juga maki si Amirul Hadi tu.

Aku rasa dia adalah mangsa eksperimen dan sistem. Mora clearly underestimate ataupun silap perkiraan dengan Magwe dan yakin boleh dapat result dalam game semalam.

Shockingly si Magwe ni semangat dia semacam.

Ia bukan isu skuad rotation tetapi meletakkan si Safawi di Cm adalah sangat naif. Lepas tu meletakkan Amirul di CB tu awalnya mungkin acceptable, Rotation macam mainkan si Brian dan shakir dan Hasbullah tu rasanya acceptable.

Amirul Hadi menjadi mangsa eksperimen

Tapi meletakkan pemain di posisi yang kadangkala bukan posisi sekunder even tertier sekalipun. tetapi selepas terlalu banyak mannequin challenge tu, aku rasa Mora patut start panic dan keluarkan Amirul. Mora nak develop Amirul jadi DM awalnya, tetapi sekarang dan jadi CB part time.

Seperti mana Lucas di LFC. Tetapi Lucas ni memang dan converted DM. Amirul ni, DM conversion pun dia masih tak settle lagi.

So aku simpulkan, ia more to in game management. pemain tu memang ada masalah di CB area sebelum ni.Tapi mora gamble/ Sampai satu fasa dia arahkan 6 men berada di flat defensive low line kerana JDT kerap bocor. Magwe intend attack dari center dan half space, so investment di wide defensive area agak membazir.

[AdSense-B]

Mungkin Mora patut guna pendekatan lebih klasik seperti tight 2 banks of four dalam 4-4-1. Namun yang positif aksi Brian Ferreira semalam nampak lebih teamplay. Satu lagi isu, selepas bertahan dan hampir berjaya membawa 3 mata, whats the point suddenly try to open play?

Ramai berkata, isu panas terik. Safiq Rahim dalam kekalahan di tangan Perak pernah berkata: “Pemain profesional sentiasa bersedia bermain dalam apa jua keadaan.”

Mora gamble took its tool. Tapi at the end JDT rasanya dapat bonus 1 mata daripada game yang clearly opponent should have won. Magwe ni tumpul dan berkali-kali ofsaid, aku pun tak tau kenapa.”

Kami harap, artikel ini menjadi artikel terakhir untuk memperkatakan hal ini dan berharap Coach Mora sedar akan masalah ini dan boleh berhenti mencuba meletakkan pemain diluar posisi mereka. Adakah benar Amirul Hadi menjadi mangsa eksperimen? Boleh fikirkan sendiri dan jangan hanya tahu untuk cop orang lain sebagai lalang bila mengkritik JDT.

Ok. Dah boleh move on lepas ni.

Baca juga: Magwe FC vs JDT: 4 aspek yang perlu diperbaiki

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: