Acl Afccup Draws 3x2

Adakah Hanya JDT Akan Beraksi Di Piala AFC 2018?

Mengikut peraturan AFC, Malaysia mempunyai 2 slot ke Piala AFC 2018. Slot pertama diperolehi oleh juara Liga Super 2017 iaitu Johor DT. Manakalah slot kedua sepatotnya dipunyai oleh juara Piala FA 2017 iaitu Kedah. Namun Kedah tidak dibenarkan beraksi di Piala AFC 2018 kerana tidak mempunyai lesen AFC.

Jika juara Piala FA tidak layak, makanya slot tersebut diberikan kepada pasukan ditempat kedua Liga Super 2017 iaitu Pahang. Namun begitu, hari ini Pahang mengesahkan menolak slot tersebut walaupun memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk beraksi di Piala AFC 2018.

[AdSense-B]

Pasukan mana penganti Pahang?

Selain JDT dan Pahang, tinggal dua lagi pasukan yang mempunyai lesen AFC untuk beraksi di kejohanan kelolaan AFC iaitu Selangor dan PKNS FC. Masing-masing berada pada kedudukan ke-6 dan 7. Namun, sekali lagi ‘Entry Manual’ untuk kejohanan AFC perlu dirujuk.

Berdasar kan petikan dari manual tersebut no 12.12 ada menyebut jika pasukan tersebut layak bertanding di kejohanan AFC dan mencukupi semua syarat yang telah ditetapkan tetapi menolak slot yang dipunyai oleh pasukan tersebut akan terbatal.

Hanya JDT di Piala AFC 2018

Apabila slot tersebut terbatal maka Malaysia akan mempunyai satu slot sahaja yang telah dipenuhi oleh Johor DT. Maka, jika Pahang masih tetap dengan keputusan tersebut, kita akan dapat melihat hanya satu pasukan dari Malaysia yang beraksi di Piala AFC.

[AdSense-B]

Jika JDT berjaya menewaskan lawan pada peringkat prelim #2 dan playoff Piala ACL 2018 dan melangkah ke peringkat kumpulan, maka tidak ada pasukan dari Malaysia yang akan beraksi di Piala AFC tahun hadapan.

Apa pandangan anda mengenai perkara ini?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: