Fox Sports

Adakah JDT Akan Bermain Di Piala ACL 2018 Berdasarkan Kenyataan Dari Fox Sports?

Hari ini kami dapat melihat satu kenyataan berbahasa melayu disebarkan di Facebook dan Whatsapp mengatakan JDT akan bermain di Piala ACL pada musim hadapan dan disahkan oleh Fox Sports. Apakah ini betol? Dibawah ini adalah kenyataan dari Fox Sports yang tertulis dalam bahasa Inggeris.

[AdSense-B]

Berdasarkan kenyataan tersebut, Fox Sports tidak mengesahkan JDT sudah mendapat tempat automatik ke Piala ACL 2018 namun JDT perlu melalui perlawanan kelayakan seperti tahun-tahun sebelum ini untuk berada dalam peringkat kumpulan.

Buat penyokong JDT dan juga pasukan lain, terdapat satu PDF yang boleh dibaca oleh semua penyokong bola sepak dilaman sesawang AFC yang menerangkan mengenai cara untuk menyertai pertandingan kelolaan AFC. PDF ini bertajuk dalam bahasa Inggeris “Entry Manual: AFC Club Competitions 2017-2020“.

Berdasarkan manual diatas, penyertaan wakil dari setiap negara untuk Piala ACL 2018 sudah ditetapkan selepas MA ranking Nov 2016 dikemaskini, lihat artikel 2.2 dibawah ini. Jadi, JDT sama sekali tidak akan mendapat slot autmatik untuk musim hadapan.

[AdSense-B]

Rumusan

Kami harap agar kenyataan yang mengelirukan itu di’delete’ dengan segara. Bukan salah kenyataan Fox Sports tapi manusia yang terlalu ghairah dan terpesong dari maksud yang sebenar. Kenyataan terhadap pasukan lain tidak akan kami ulas. Tetapi kalau nak tahu boleh baca dibawah ini.

Baca juga: Junior Eldstal Teruja Kembali Pulih Daripada Kecederaan

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: