Kisah Setahun

Adakah Kisah Setahun Yang Lepas Ini Akan Berulang?

Kisah ini diceritakan oleh saudara Mansor Mat Isa di laman facebooknya pada tahun yang lepas. Kisah ini berlaku sebelum perlawanan antara Felda United dan JDT di Jengka, Pahang. Pada musim ini, JDT akan berkunjung ke Jengka pada 27/09/2017. Adakah kisah ini akan berulang lagi?

Berikut adalah kisah yang diceritakan oleh En Mansor.

Mereka juga ‘Kampung Boy’ macam engkau, aku, kita….

Setelah menerima pengesahan kehadiran Pasukan JDT ke Hotel DarulMakmur, Jerantut… dalam misi pertemuan dengan Felda United di Jengka, hati sedikit gusar… kehadiran JDT pasti tak sama dengan pasukan2 lain yang pernah bertandang… Selangor, PDRM, P.Pinang, N.Sembilan, Melaka United, Perak dan Terengganu.

[AdSense-B]

Yelah… bandar kecil macam Jerantut ni mana ada Hotel 5 bintang. Mereka adalah sebuah pasukan bertaraf bintang. Bagaimanalah keadaannya nanti…

Cakap2 orang luar… ‘Boss, nanti U akan terima kehadiran sekumpulan ‘Town Boys’ yang highly demand… masak laa….’
ternyata meleset sama sekali….. Ya, mereka bintang…tapi bintang mereka bersinar di atas padang…. di luar mereka sama macam kita.. kalau kat belakang hotel ada pohon rambutan, pasti mereka berkampung di bawahnya….

[AdSense-B]

Tanpa kami sedari, si Alex telah mengatur kiriman durian dari Kuala Lipis… dan bermulalah episod santai mereka.

Amri Yahyah, maafkan abam sebab masukkan jugak gambar korang ke FB…. Ya, takut tak perform lawan Felda nanti sbb makan durian banyak…. Amri dan Aidil dah buktikan pun… makan durian banyak pun boleh score…. Seronok kan makan durian belakang hotel sambil memancing lagi….

Jadi kepada peminat di luar sana… mereka bukanlah seperti yang anda sangka… Mereka sama macam kita juga.. cuma nasib mereka lebih cerah kerana bolasepak. Mereka berjuang di atas padang kerana lencana di dada.

[AdSense-B]

Yang bersepak terajang hanyalah peminat2 yang belum matang.. soal bola je pun boleh bermusuh satu negeri…

Biar satu Malaysia tau, budak2 JDT ni tidak sombong atau besar kepala sebagaimana sangkaan orang… Mereka juga ‘Budak Kampung’ macam engkau, aku, kita……

Tahun depan datang lagi ye…

Adakah Alex akan membuat parti lagi? Sudah musim durian ke ni di Kuala Lipis? Cumanya yang pasti, penyokong JDT akan merindui kelibat Safee Sali dan juga Amri Yahyah. Amri pula berjaya mencetak gol pertama JDT dalam perlawanan tersebut.

Baca juga: VIDEO: Wawancara Santai Bersama Safawi Rasid Oleh Mstar Online

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: