Feeder Club Jdt Fmllp

Adakah Perjanjian Feeder Club Masih Diteruskan? Sila Baca 5 Perkara Ini

Melalui perbincangan sesama penulis, kami mempunyai sedikit keraguan mengenai perjanjian feeder club sama ada diteruskan atau diberhentikan. Sehingga kini, JDT hanya menggunakan 2 slot sahaja dari 4 slot yang dibenarkan.

Berdasarkan perbincangan kami, perjanjian ini mempunyai satu syarat yang bagi kami sukar untuk dilaksanakan pada musim hadapan berdasarkan 5 perkara. Pada malam ini juga, jika diizinkan, penulis kami akan menanyakan soalan yang sama kepada TMJ dalam sembang santai.

[AdSense-B]

Gambar diatas merupakan syarat yang tersebut dan apakah 5 perkara yang membuatkan syarat ini sukar dilaksanakan.

1- Pertukaran drastic kesebelasan utama

Sila lihat gambarajah diatas. Gambar kiri merupakan kesebelasan terkuat JDT untuk musim 2017. Tetapi, disebabkan syarat feeder club kemasukan 4 pemain bawah 23 tahun adalah wajib. Maka hasilnya gambar disebelah kanan.

Tiada satu pun pasukan dapat menerima perubahan drastic yang sebegini kecualilah pasukan berada dalam situasi yang membimbangkan atau ingin memperkuatkan bahagian tertentu. Adakah pasukan di sebelah kanan akan jadi sama atau lebih kuat dari pasukan di sebelah kiri?

2- Keserasi dan pemahaman pemain perlu digilap semula

Kita pasti tahu dengan jawapan pada point 1 diatas. Pasukan di sebelah kanan memerlukan masa untuk menjadi sama atau lebih kuat dari pasukan disebelah kiri. Keserasian dan pemahaman taktikal coach merupakan aspek penting untuk sesebuah pasukan.

[AdSense-B]

Dengan pertambahan 4 pemain baru dan pada masa yang sama kurang minit perlawanan, keserasian dan pemahaman yang diterapkan sepanjang musim 2017 perlu digilap semula. Coach perlu mengatur beberapa perlawanan persahabatan untuk mencari keserasian semula.

Ditambah pula, terdapat kemungkinan 2 pemain import musim ini tidak akan dikekalkan. Terdapat sumber yang mengatakan kontrak Marcos akan tamat pada penghujung musim ini dan status Cabrera sebagai pemain pinjaman sahaja. Jika ini berlaku, terdapat 6 muka baru untuk JDT 2018 yang perlu diadun semula.

3- Malaysia menghampiri slot automatik Piala ACL

Gamba Osaka vs JDT

Untuk memenuhi impian menjadi pasukan pertama ke Piala ACL 2019, JDT perlu mempunyai skuad yang kuat untuk menjuarai Liga Super 2018. Untuk menjadi pasukan yang kuat dengan menggunakan 6 (4 pemain bawah 23 dan 2 pemain import) kita memerlukan masa.

Secara jujur, jika kita bermula dari awal musim depan, masa memang tidak berpihak kepada JDT. Kita boleh lihat sendiri masa yang diambil oleh pasukan Kedah untuk memperkuatkan pasukan mereka dengan menggunakan sebahagian besar tenaga muda.

Buat masa ini, Malaysia berada dikedudukan ke-6 MA ranking zon Timur. Namun, Malaysia perlu mengekalkan kedudukan ini sehingga bulan November 2017 untuk mengesahkan satu slot automatik ke Piala ACL 2019. Adakah JDT mahu melihat pasukan lain yang pertama beraksi?

4- Persaingan merebut tempat yang maha sengit

Analisa Taktikal JDT vs Felda United alex azamudin akil

Kita sudah sedia maklum, player tempatan memang sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama kecuali jika coach mahu merehatkan pemain import atau kecederaan menimpa mereka. Contoh jelas, Alex sukar berada dalam kesebelasan utama disebabkan oleh kehadiran Guerra.

Dengan kewujudan syarat 4 pemain bawah 23 tahun, pemain tempatan akan terpecah kepada 2 bahagian iaitu pemain senior dan pemain bawah 23 tahun. Pemain senior kita akan menghadapi persaingan yang maha sengit kerana perlu merebut 3 slot shaja.

[AdSense-B]

Dari rajah diatas, 3 slot tersebut kepunyaan Safiq Rahim,  Afiq Fazail dan Natxo Insa yang kita tahu amat diperlukan dalam pasukan. Pemain senior ini tidak boleh merebut 4 slot yang dikhaskan oleh pemain bawah 23 tahun dan buat masa ini kita mempunyai lebih kurang 20 orang pemain senior.

Pada pemain senior yang masih ingin terus merasai kenikmatan bermain bola sepak  dan berhasrat untuk menyarung jersi kebangsaan tetapi amat sukar mendapat tempat, mereka pasti akan menerima tawaran dari pasukan lain.

Untuk menstabilkan kewangan kelab, JDT pasti akan menjual ramai pemain yang tidak akan memberikan sumbangan kepada JDT pada musim hadapan.

5- Konsisten prestasi pemain bawah 23 tahun diragui

4 pemain JDT yang masih belum diturunkan dominic tan

Kelemahan utama pemain muda ataupun bawah 23 tahun adalah sukar untuk mengekalkan prestasi di tahap yang tinggi dalam setiap perlawanan. Namun, masalah ini boleh diatasi dengan memberi lebih minit perlawanan dan masa kepada pemain ini.

Untuk memenuhi syarat 4 pemain bawah 23 tahun, JDT tidak boleh hanya mempunyai  4 orang pemain bawah 23 tahun sahaja. Pada pandangan kami JDT perlu mempunyai lebih kurang 10 orang pemain bawah 23 tahun. Untuk membuatkan 10 pemain ini konsisten merupakan tugas yang berat.

[AdSense-B]

Dengan 10 pemain ini pengiliran pemain dikalangan pemain bawah 23 tahun boleh berlaku kerana mereka perlu berada dalam kesebelasan utama dalam semua perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Faktor kecederaan, kepenatan dan kad untuk perlu diambil kira.

Untuk mencari 10 pemain ini, JDT boleh menaikkan pemain JDTII atau pun membeli pemain dari pasukan lain. Buat masa ini JDT hanya mempunyai 3 pemain bawah 23 iaitu Safawi Rashid, Dominic Tan dan juga Haziq Nadzli. Buat masa ini, ketiga-tiga pemain ini tidak mampu menembusi kesebelasan utama JDT.

Baca juga:  Adakah Perjanjian Feeder Club Masih Diteruskan? Sila Baca 5 Perkara Ini

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: