Adam Nor Azlin Malaysia

Adam Nor Azlin Dalam Senarai Kecederaan Skuad Ong Kim Swee

Pemain baru JDT, Adam Nor Azlin merupakan pemain terbaru yang cedera beberapa hari sebelum perlawanan persahabatan dan juga pemilihan skuad Malaysia B23.

Semasa sidang media, Datuk Ong Kim Swee memberikan perkembangan semasa mengenai skuad Malaysia B23. Menurut Kim Swee pertahanan JDT tersebut mengalamai kecederaan beberapa hari yang lalu. Adam hanya mengalami sedikit hentakan dan akan sembuh dalam beberapa hari lagi.

[AdSense-B]

Kim Swee juga menjelas pasukannya akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Melaka United pada Khamis ini dan akan merehatkan tiga pemain dari senarai awal.

Kim Swee juga mungkin akan mengumumkan senarai 26 orang pemain yang akan dibawa berlatih ke Korea Selatan selepas perlawanan tersebut atau pada hari Jumaat. Di Korea, Kim Swee akan memilih senarai akhir 23 orang pemain yang akan beraksi di China tahun hadapan.

[AdSense-B]

Sumber: Goal.com

Baca juga: AFC Umumkan Kenaikan Ganjaran Kejuaraan Piala AFC Dan ACL

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: