Adam Nor Azlin Malaysia

Adam Nor Azlin Mahu Gunakan Kejohanan AFC B23 Untuk Pikat Morais

Pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) Adam Nor Azlin tekad mahu menggunakan Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 pada 9 hingga 27 Januari ini untuk menarik perhatian pengendali JDT, Ulisses Morais, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.

Menurutnya, kejohanan itu bakal menjadi medan untuknya melakukan terbaik membuktikan keupayaannya kepada pengendali kelahiran Portugal itu sekali gus membuka peluang untuknya diturunkan dalam kesebelasan Harimau Selatan.

[AdSense-B]

“Memang diakui kejuaraan ini sebenarnya membuka peluang kepada saya untuk memberikan yang terbaik dan tunjukkan keupa-yaan kepada jurulatih.

“Bukan hanya saya seorang, malah kesemua pemain juga boleh buktikan dan pasti dapat perhatian di mata jurulatih kelab dan pasukan masing-masing, “katanya.

Jelasnya lagi, dia juga sedar persaingan di JDT yang cukup hebat tetapi yakin peluang tetap ada untuk pemain muda sepertinya.

Kata pemain kelahiran Klang itu lagi, badi bangku simpanan seperti diperkatakan banyak pihak tidak pernah wujud sebaliknya ia sebagai persaingan sengit dan medium pemain menimba pengalaman berguna.

[AdSense-B]

“Saya ke JDT dengan niat dan harapan untuk membantu kelab memandangkan musim depan kelab akan mengharungi banyak perlawanan dan saya juga mahu mengembangkan bakat saya kerana JDT adalah sebuah pasukan yang lengkap segalanya.

“Lagi pun persaingan untuk merebut posisi dalam pasukan adalah perkara biasa dan saya yakin siapa mampu buat terbaik akan berjaya berada dalam kesebelasan utama, ” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Piala AFC 2018: JDT Sasar Penamat Terbaik

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: