Hukuman Farizal Dikurangkan

AFC Terima Rayuan, Tempoh Hukuman Penggantungan Farizal Dikurangkan

Seperti yang anda tahu, Farizal Marlias telah dijatuhkan hukuman pergantungan daripada aktif untuk sebarang aktiviti bola sepak selama setahun akibat sikap beliau yang tidak berdisiplin terhadap pengadil perlawanan dan mengasari pemain kelab Ceres Negros di kejohanan Piala AFC.

Bukan takat itu sahaja, beliau turut dikenakan denda sebanyak USD 40,000 akibat tindakan tersebut. Walaubagaimanapun, kelab Johor Darul Takzim (JDT) dan Farizal sendiri melakukan rayuan kepada pihak AFC bagi meringankan beban hukuman yang dipikul oleh Farizal Marlias.

[AdSense-B]

Justeru, pihak AFC menerima rayuan tersebut dan mereka memendekkan tempoh penggantungan kepada 8 bulan sahaja. Tetapi, Farizal telah diberi peringatan oleh pihak AFC bahawa jika beliau menerima kad merah atau melakukan kelakuan  “misbehave” dari beliau, maka pergantungan akan tetap diteruskan.

Beliau akan bermula bermain semula pada 9 Februari 2018. Ianya memberi kelegaan kepada pasukan JDT dan memberi khabar gembira kepada peminat JDT yang rindu akan kelibat beliau di atas padang. Ini kerana Farizal merupakan watak yang penting pada skuad JDT bagi mengharungi saingan Liga Malaysia pada edisi akan datang.

[AdSense-B]

Penulis berharap agar Farizal tidak mengulangi kesilapan beliau ketika menentang Ceres Negros pada tempoh hari. Peminat berharap agar Farizal kekal positif dan sentiasa bersikap professional terutama di atas padang.

Moga berita baik ini akan memberi suntikan moral dan semangat untuk beliau agar bersungguh-sungguh mendapatkan tempat di kesebelasan utama JDT selepas kepulangan beliau dari pergantungan.

Baca juga: Analisa Selangor vs JDT: Amri, Azhan Hero Selangor, Kesilapan Aidil Mengundang Padah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: