PAHANG, Jengka - Johor DT's Players, Mohd Afiq Fazail (C) And Felda United FC's Players During 2017 FA Cup In Action During 2017 FA Cup Between Felda United FC And Johor DT At Stadium Tun Abd Razak On 14 February 2017. Photo By Zam Zainal / Www.asiana.my

Afiq Fazail: Permata JDT Yang Sedang Digilap

Suatu ketika, ramai memperlekehkan pasukan JDT ekoran hanya dua orang sahaja pemain Johor yang bermain untuk JDT iaitu Fazly Mazlan dan Jasazrin Jamaluddin. Begitu banyak tomahan dilemparkan para ‘haters’.

Namun keberanian jurulatih Gomez untuk memetik ‘ubi’ dari JDT II dibalas dengan cahaya sinar di hujung terowong. Mari bersama penulis menyelusuri permata tersebut.

PENGENALAN

JDT vs T-Team FC live streaming afiq fazail

Beliau adalah anak kelahiran Pontian, Johor yang diberi nama Muhammad Afiq bin Fazail. Berumur 23 tahun pada tahun ini dengan ketinggian 1.71 meter dan bermain posisi ‘defensive midfielder’ untuk pasukan utama Johor Darul Ta’zim.

Nama Afiq Fazail atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Jambu’ tidak asing lagi untuk peminat bola sepak JDT mahupun Malaysia. Pemain muda ini sedang membina legasi beliau tersendiri agar tidak dibayangi dengan nama abang beliau, Irfan Fazail.

Kerajinan dan kehebatan beliau di atas padang bagi membantu sisi pertahanan dan sisi serangan sentiasa menjadi buah mulut di media sosial mahupun penganalisa bola.

[AdSense-B]

Karier beliau yang bermula bersama pasukan JDT II pada musim 2015 menjadi titik mula kenaikan kemahiran beliau secara mendadak. Bakat beliau tidak berhenti di JDTII sahaja malahan beliau terus diserap ke pasukan utama JDT untuk musim 2017.

PENYOKONG JDT PANIK SELEPAS KEHILANGAN HARISS HARUN

4 pemain baru JDT afiq fazail

Peminjaman Hariss Harun pada mulanya menggoyangkan sedikit sokongan penyokong JDT. Mereka mempersoalkan kemampuan Jambu untuk melindungi ‘back four’ JDT selepas Amirul Hadi gagal menunjukkan permainan yang positif dan matang dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Dan perlawanan menentang Felda United di dalam aksi Liga Super Malaysia 2017 menjadi titik mula kepada beliau untuk merebut peluang diturun sebagai kesebelasan utama pasukan JDT.

Selepas menunjukan aksi yang menyakinkan, ditambah pula dengan ‘chemistry’ yang sangat menjadi di dalam trio ‘Segitiga Bermuda’ dan ‘Three Horsemen’, Afiq terus mendapat kepercayaan oleh Coach Mora dan juga Coach Morais. Persembahan sepanjang musim 2017 menunjukkan yang beliau sentiasa memberikan seratus peratus dan peningkatan yang mendadak.

ROLE ‘NO.6’ : NO.4 TERBAIK DI MALAYSIA, NO2 TERBAIK DALAM KALANGAN PEMAIN MUDA MALAYSIA.

Kepada pembaca yang kurang memahami apa itu ‘role No.6’, di sini penulis akan meringkaskan maksudnya. ‘Role No.6’ bermaksud pemain yang bermain sebagai pemain tengah bertahan atau di dalam term PES mahupun FIFA dikenali sebagai ‘defensive midfielder/DMF’.

Bagi penulis, Afiq Fazail merupakan pemain di rangking keempat sebagai ‘defensive midfielder’ terbaik di Malaysia di belakang pemain baharu JDT Natxo Insa, rakan sepasukan beliau, Shakir Shaari, dan Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah).

[AdSense-B]

Untuk menjadi antara pemain tengah bertahan yang terbaik, seseorang itu harus cepat membaca situasi, sentiasa peka dengan ‘gameflow’ dan pandai mengubah rentak permainan seperti mana yang ditunjukkan Julian Weigl dan Sergio Busquest.

Antara kelebihan yang penulis nampak pada pemain JDT yang memakai jersi nombor 4 ini, beliau mempunyai tahap kawalan yang baik serta berfikir seperi Hariss. Tapi tetap beliau harus banyak belajar dari Natxo Insa supaya beliau boleh menandingi kemampuan Hariss dan seterusnya menjadi sehebat Natxo.

safiq afiq nazmi

Selain itu, beliau mempunyai kelajuan dan pandai meletakkan diri apabila ‘off ball’ di samping ‘vision’ dan ‘long range ball’ persis apa yang telah ditunjukkan Shakir Shaari sewaktu beliau mewakili Kelantan dahulu. Dan satu kelebihan Afiq yang berjaya mendapat banyak minit bermain berbanding Shakir Shaari ialah dari segi kelajuan.

Itupun disebabkan faktor usia Shakir yang semakin meningkat. Jika Shakir Shaari masih muda ataupun dapat mengekalkan kelajuan seperti dahulu, pasti jurulatih Morais akan memilih beliau.

[AdSense-B]

Ini kerana Afiq Fazail kadang-kadang ‘off form’ dan selalu dibayangi pemai tengah yang lain lebih-lebih lagi selepas kehadiran Natxo Insa. Afiq harus kerja keras kerana ini lah kelebihan beliau yg sentiasa membantu JDT tatkala JDT sememangnya memerlukan ‘no.6’ yang ‘solid’ seperti Hariss di atas padang untuk menjadi membantu pasukan JDT.

Dan di usia yang masih muda dan mempunyai minit perlawanan yang banyak, tidak mustahil satu masa nanti beliau akan menjadi antara ‘the best defensive midfielder’ di Malaysia. Penulis yakin dan pasti ia akan berlaku dengan syarat beliau mengekalkan displin dan kerajinan beliau seperti waktu sekarang ini.

KELEMAHAN YANG PERLU DI PERBAIKI

Apa yang penulis dapat lihat dari pemain bertubuh kecil ini, beliau perlu meningkatkan latihan di ‘gym’ supaya miliki badan yang fit dan besar supaya lebih ‘confident’ dan mudah untuk ‘challenge’ pemain-pemain yang memiliki tubuh badan lagi besar dari beliau. Beliau juga boleh belajar dari Natxo untuk perkara ini.

Masih ingatkah lagi anda peristiwa melayangnya Zaquan Adha dan Namathevan yang hampir ditumbuk Natxo?

Selain dari itu, beliau perlu lagi berani bermain secara ‘robust’. ‘Robust’ di sini bukan bermain dengan kasar.

‘Robust’ di sini ialah bermain menggunakan akal. Lihat bagaimana aksi Kante di Chelsea.

[AdSense-B]

Walaupun bertubuh kecil, namun itu bukan alasan untuk beliau menjadi bahan kotak-katik pemai Eropah yang jauh lagi gergasi berbanding beliau. Permainan ‘robust’ sebegitu bukan sahaja memberi kelebihan kepada pasukan, malahan memberi lebih tekanan kepada pasukan lawan yang jelas akan berasa sakit jiwa kerana harus memikir cara bagaimana mereka mahu menewaskan pemain di hadapan ‘back four’ itu.

Jika dua perkara ini beliau dapat tekankan untuk musim akan datang, penulis yakin beliau mampu menjadi gandar tunggal atau ‘lone pivot’ yang berjaya seterusnya membolehkan beliau keluar dari bayangan Natxo Insa.

STATISTIK SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS

Penampilan: 26 Perlawanan

Minit: 1,778

KESIMPULAN

Kesimpulan di sini, penulis yakin dengan konsistensi dan semangat beliau untuk merebut tempat untuk pasukan JDT musim hadapan akan dapat membantu beliau menjadi pemain yang disegani kelak. Penulis mendoakan beliau terus maju di masa hadapan kerena beliau pemain muda yang berkualiti.

Good luck, Jambu!

Baca juga: 10 Perkara Dari Pengumuman JDT Melantik 3 Orang Scout Di Setiap Negeri

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: