4 Pemain JDT Digugurkan

Aidil, Kunanlan, Fazly dan Azrif Digugurkan, Safiq Calon Kapten Harimau Malaya

Seramai empat pemain JDT di sisihkan oleh coach Harimau Malaya kerana masalah kecederaan. Mereka adalah Aidil Zafuan, S. Kunanlan, Azrif Nasrulhaq dan Fazly Mazlan. Azrif mendapat kecederaan semasa menentang PKNS FC dan 3 yang lain semasa menentang Ceres Negros FC pada Rabu lepas.

Caoch Vingada memanggil empat pemain baru Afif Amiruddin dan Faisal Rosli dari Pahang, Nazrin Syamsul dari PKNS dan Nazirul Naim dari Perak bagi mengantikan mereka. Vingada mengakui situasi kecederaan pemain tidak bagus dalam pasukan dan beliau akan segera mencari pengganti andai perkara tersebut terjadi.

Fazly Mazlan menjaringkan gol kedua dirinya untuk JDT

“Ini tidak bagus untuk pemain, pasukan kebangsaan dan JDT kerana pemain-pemain perlu berehat beberapa hari.  Kalau seseorang pemain dilanda kecederaan dan tidak boleh diturunkan, kami akan membawa masuk pemain lain.

“Saya tidak akan meratapinya atau tidak nyenyak tidur,” ujar jurulatih negara, Nelo Vingada.

Tiga calon kapten dalam pertimbangan

Aksi Safiq Rahim ketika menentang Ceres Negros FC pada Rabu lepas

Dalam pada masa sama beliau di minta mengulas mengenai pemain yang bakal memakai lilitan ketua pasukan ‘Harimau Malaya’. Jelas beliau, tiga calon sudah berada dalam pemerhatian beliau.

“Sudah tentu saya akan memilih pemain yang mempunyai karakter yang kuat dan menjadi orang perantaraan kepada saya di dalam padang.

“Saya mempunyai tiga calon, iaitu Safiq Rahim, Safee dan Amri,” kata beliau.

Hanya tingga 7 pemain JDT

Selepas pengguguran 4 pemain JDT ini, hanya tinggal 7 pemain JDT yang berada dalam kem Harimau Malaya. Mereka adalah seperti dibawah ini:

Penjaga Gol

1- Izham Tarmizi

Tengah

2- Safiq Rahim

3- Mahalli Jasuli

4- S. Chanturu

5- Azammuddin Mohd Akil

6- Mohd Amirulhadi Zainal

Penyerang

7 – Hazwan Bakri

Baca juga: Video: 9 Gol JDT Dalam Bulan Mei 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: