Exco Johor

Air Percuma Secepat Mungkin

Kerajaan negeri akan melaksanakan secepat mungkin pemberian air percuma kepada rakyat negeri ini seperti yang dijanjikan dalam tawaran Pakatan Harapan (Harapan) Johor.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, setakat ini perbincangan sudah dilakukan dengan Pengerusi Jawatan-kuasa Perdagangan Antara-bangsa, Pelabuhan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse.

[AdSense-B]

“Kena cari macam mana formula untuk kita mengimplementasikan secepat mungkin. Lepas itu nanti kita akan bincang dengan Pegawai Kewangan Negeri, sebab ini melibatkan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Istiadat Mengisytiharkan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di sini, semalam.

[AdSense-B]

Osman berkata, kerajaan akan mula segera untuk rakyat seperti yang dijanjikan iaitu 10 meter padu air percuma serta bekalan berkualiti tanpa gangguan dalam tempoh 100 hari mentadbir negeri ini.

“Insya-ALLAH kita akan mulakan untuk rakyat. Kita memang sudah janji kepada rakyat dan kita akan melaksanakan secepat mungkin.

“Pengerusinya pun sudah ada. Dia akan bertanggungjawab. Itu sebab bukan sahaja dia jaga air dan kekurangan air, nak beri air percuma ini pun tanggungjawab beliau,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: