Family Fun 02

Aktiviti Wajib Buat Bila Anak-Anak Cuti Sekolah. No. 5 Ramai Yang Pandang Remeh

Apabila mengenangkan kembali zaman persekolan terutamanya sekolah menengah, membuat aku tersenyum sendiri. Namun paling aku terkenangkan ketika berada dia tingkatan empat hingga enam atas. Apa tidaknya, ketika itulah aku tingggal di asrama dan berjauhan dengan keluarga.

Tidak aku nafikan perkara paling menyoronokkan ketika sekolah adalah saat tiba musim cuti sekolah terutamanya akhir tahun. Selepas habis sahaja peperiksaan akhir tahun (kecuali ketika ambil SRP, SPM dan STPM), ketika itulah momen paling seronok sebab tiada sesi pengajaran lagi. Ada sesetengah sekolah, mereka akan isi masa terluang itu dengan pelbagai aktiviti. Manakala ada juga yang tiada melakukan apa-apa aktiviti kecuali hanya hadir untuk memenuhkan kedatangan sehingga hari terakhir.

Namun, ada sesetengah pelajar, selepas sahaja habis peperiksaan dan hanya tinggal seminggu dua sahaja lagi untuk cuti, mereka sudah tidak hadir ke sekolah. Bosan dan tiada sesi pengajaran lagi katanya. Berbeza dengan aku, minggu-minggu terakhir itulah yang paling aku dambakan. Percaya atau tidak, aku akan datang hingga ke hari terakhir persekolahan. Nak tahu sebab apa yang membuatkan aku rajin sedemikian? Tak lain tak bukan sebab mahu menghabiskan sisa-sisa persekolahan itu dengan rakan-rakan. Malah, paling seronok, dapat berbual, bergalak dan yang utama hadir untuk jamuan akhir tahun.

Justeru itu, sempena cuti sekolah akhir tahun ini, aku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru. Isikan masa cuti tersebut dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan lupa jaga keselamatan kerana musin cuti akhir tahun ini juga merupakan musim tengkujuh. Kepada rakan-rakan aku yang bergelar guru, selamat bercuti aku ucapkan.

Apa aktiviti menarik untuk anak-anak bila cuti sekolah?Ok, semak sini…

  1. Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
  2. Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
  3. Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
  4. Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
  5. Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
  6. Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca.
  7. Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
  8. Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama.
  9. Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan.
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: