Almeida Jurulatih Melaka United

Almeida Ramal Pertarungan Kedah Dan JDT Hingga Ke Penentuan Sepakan Penalti

 

Jurulatih Melaka United, Eduardo Almeida meramalkan keputusan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah akan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Beliau menyatakan perlawanan itu pasti sengit dan kedudukan dijangka terikat 1-1 selepas 90 minit sebelum dilanjutkan ke masa tambahan.

[AdSense-B]

Almeida menjangkakan keputusan akhir dan pemenang hanya ditentukan menerusi sepakan penalti dan kedua-dua pasukan bergantung kepada nasib untuk memenangi perlawanan itu.

“Bagi saya kedua-dua pasukan memiliki kelebihan termasuk JDT dan Kedah yang seimbang untuk mencipta kejuaraan. Hanya sedikit kealpaan boleh membawa padah buat mereka.

“Apa pun sukar untuk menentukan pemenang kerana kedua-dua pasukan memiliki perencanaan dan pemain yang baik. Oleh sebab itu saya meramalkan keputusan terikat 1-1,” katanya yang sukar menjangka pemenang aksi final itu.

Beliau berkata, baginya final itu perlawanan yang menarik dan penuh dramatik terutama menerusi aksi dan gelagat di dalam dan luar padang termasuk penyokong kedua-dua pasukan.

[AdSense-B]

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Siapa Lagi Hebat Wan Karpet atau Kunanlan?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: