Chewilldaud

Inilah 7 Amalan Mudah Yang Dapat Panjangkan Hayat Anda, Semoga Panjang Umur Dalam Ketaatan

Malaysia terletak di antara negara tertinggi bagi kadar obesiti dan ini berlaku disebabkan gaya hidup yang tidak sihat diamalkan oleh rakyat. Kita perlulah lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah kesihatan ini jadi hari ini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak amalan yang mampu meningkat jangka hayat kita.

Berdasarkan maklumat yang kami dapat daripada kajian oleh Dr Xand van Tulleken bersama sebuah syarikat kesihatan di Sweden, terdapat 7 amalan mudah yang anda boleh amalkan untuk terus hidup dalam gaya hidup sihat. Amalan ini begitu mudah dan tidak memerlukan anda untuk melakukan senaman berat setiap hari dan sebagainya.

1. Mandi Sejuk

Berdasarkan Dr Xand van Tulleken, mandi sejuk dapat mengurangkan stres dalam badan kerana mandi sejuk akan bertindak seperti anda sedang bersenam untuk merangsang badan anda. Fakta ini disokong oleh kajian Institut Kajian Perubatan Garvan, Sydney, Australia yang telah mengeluarkan jurnal tentang Metabolisma Sel pada tahun 2014.

Dalam jurnal tersebut, banyak saintis yang telah menemui fakta bahawa jika anda menggigil, ia akan merangsang penukaran lemak putih kepada lemak perang. Lemak putih merupakan tenaga yang disimpan dalam bentuk lemak manakala lemak perang merupakan tenaga bersedia untuk digunakan atau lemak yang dibakar.

2. Tidak “Berhutang” Tidur

Apa-apa pun anda lakukan, pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup serta tidak berjaga sehingga lewat pagi. Walaupun jika anda kehilangan 30 minit tidur sehari, ini boleh membawa kepada obesiti berdasarkan kajian oleh saintis daripada Kolej Perubatan Weill Cornell di Doha, Qatar.

Kadang-kadang disebabkan komitmen kerja dan sosial, ramai orang yang menangguh waktu tidur sehingga mereka mengumpul “jangan berhutang tidur boleh cepat tua” yang banyak pada hari minggu dan menggantikannya semula pada hujung minggu.

Namun, menurut kajian, ini akan mengganggu metabolisma badan dalam jangka masa yang panjang. Lebih buruk lagi, ia bukan sahaja menyebabkan 2 jenis penyakit diabetes, tetapi memburukkan tahap penyakit ini.

3. Minum Air Banyak dan Berak Setiap Pagi

Walaupun ramai yang tahu dengan amalan minum air ini tetapi ramai yang mengambil mudah dengan amalan ini kerana menganggap “aku sudah tahu, tak perlu ingatkan”. Namun, ramai yang hanya tahu amalan ini tetapi tidak mengetahui sebab kenapa kita perlu kekal terhidrasi.

Antara sebab utamanya ialah anda perlu memastikan pergerakan usus anda berjalanan dengan lancar selain dapat mengelakkan sembelit. Minum air sebelum berak dapat memudahkan proses membuang “hajat” dan ini dapat mengelakkan diri anda daripada mendapat pelbagai penyakit.

Sembelit menjejaskan 1 daripada 7 orang dewasa dan ia juga penyebab utama buasir, usus bengkak dan berdarah. Selain itu, berdasarkan kajian oleh saintis di Kolej Gastroenterologi Amerika pada tahun 2012 melaporkan penyakit sembelit kronik akan meningkatkan kebarangkalian untuk anda mendapat kanser usus. Minum air yang banyak dan berak setiap pagi mampu mengelakkan masalah ini.

4. Kerap ambil ujian darah

Penyakit kardiovaskular (melibatkan jantung) terutama penyakit jantung iskemia merupakan penyebab utama kematian di Malaysia. Salah satu faktor utama ialah mempunyai tinggi kandungan lipoprotein berkepadatan rendah atau lebih dikenali sebagai kolesterol “jahat”. Ini menyebabkan kolesterol terlekat di dinding saluran darah anda dan apabila saluran ini tersumbat, anda akan mendapat penyakit jantung.

Mengetahui tahap kolestrol dalam badan anda akan meningkatkan motivasi untuk anda bersenam kerana anda pasti mahu mengekalkan tahap kolesterol di tahap yang selamat. Dengan mengambil ujian darah yang kerap, anda akan lebih memahami tentang gaya hidup yang anda perlu amalkan seperti berapa kerap anda harus bersenam.

5. Minum Kopi Lebih Banyak

Berdasarkan kajian di Sepanyol, pengambilan kopi yang tinggi terutamanya kepada mereka yang berumur 45 tahun ke atas dikaitkan dengan kadar kematian yang rendah. Dr Adela Navarro, seorang kardiologis di Hospital de Navarra, Sepanyol berkata bahawa dengan meminum 4 cawan kopi merupakan sebahagian daripada diet sihat untuk orang yang sihat.

Kajian ini menyokong kajian yang dilakukan sebelumnya oleh Universiti California Selatan yang menemukan maklumat bahawa meminum kopi dapat mengurangkan kebarangkalian untuk anda mendapat penyakit jantung, kanser, strok, diabetes dan penyakit buah pinggang.

6. Puasa Sunat

Bagi umat Islam, puasa merupakan sesuatu yang bermanfaat bagi kita dan ini juga dibuktikan oleh saintis di Institut Pusat Perubatan Jantung Intermountain di Utah. Namun, puasa juga harus dilakukan secara kadar yang tepat kerana puasa setiap hari akan menjejaskan kesihatan anda.

Dr van Tulleken berkata bahawa rutin puasa secara berkala bukan sahaja dapat mengurangkan kadar risiko untuk mendapat penyakit koronari saluran darah (sejenis penyakit jantung) tetapi dapat juga mengurangkan kebarangkalian anda mendapat diabetes. Puasa juga dapat perubahan yang ketara bagi tahap kolesterol darah seseorang.

7. Dapatkan scrambled egg untuk sarapan

Memakan telur banyak dikaitkan dengan kolesterol yang tinggi namun nasihat rasmi oleh Yayasan Jantung British mengatakan bahawa memakan sebiji telur sehari tidak akan meningkatkan risiko yang tinggi bagi penyakit jantung sebaliknya ia merupakan diet sihat yang anda perlu amalkan.

Disarankan sebiji sehari atas sebab yang wajar, jika berlebihan sudah tentu akan menyebabkan macam-macam penyakit.

Telur merupakan sumber utama mendapat asid folik, iaitu sejenis bahan kimia atau asid yang boleh mengurangkan risiko untuk mendapat strok. Ini merupakan kajian yang dibuat oleh saintis daripada Hospital Pertama Universiti Peking, Beijing, China dan laporan rasmi telah dibuat pada tahun 2015.

Sumber: Telegraph

Doa Minta Panjang Umur Dalam Ketaatan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: