Rumah Keluarga

Ambillah Jalan sederhana. Beli Rumah Cukup Untuk Kita Berselisih Bahu Dengan Ahli Keluarga

Ini perkongsian yang dipaparkan oleh puan Linda Faizal di laman facebooknya yang menyentuh mengenai hari tua kita dan harta benda. Sebagaimana ia menjelaskan bahawa apabila usia meningkat, harta benda tiada berguna selain amal jariah dan amalan. Termasuk rumah besar yang bakal menjadi perhiasan apabila usia tua. Deep perkongsian ini untuk membina keluarga sebuah keluarga yang inspirasi!

Bak kata ustaz baru2 niee… buat apa mu dok simpan duit banyak2. Untuk anak cucu ustaz. Anak2 cucu mu ada rezeki masing2. Di usia tua, savings mu tak dapat menolong pun dalam kubur. Ada duit – derma atau kembara lihat ciptaan Allah😊😊

PESAN IBU YANG MEMBUAT SAYA TERSENTAK

“Ingat nak. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.

Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.

Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di ‘renovate’ berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20×40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.

Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. Design rumah 30 tahun akan dtg tak sama dgn sekarang. Taknak mereka duduk rumah pusaka. Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.

Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka. Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita disyurga sana”

Perkongsian yg cukup hebat untuk kita semua. Allahuakbar

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: