Amirul Perak

Amirul Tak Mahu Lepas Peluang Tewaskan JDT

 

Pemain pertahanan Perak, Amirul Azhan Aznan yakin rakan sepasukan tidak akan membiarkan peluang melakar kegemilangan dalam kancah Piala Malaysia 2017 berlalu begitu saja.

Selepas mara sehingga ke separuh akhir, Amirul Azhan yang lebih dikenali sebagai An dalam kalangan kenalan, yakin pemain Perak tidak akan menyerah mudah apabila turun membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Perak, esok.

[AdSense-B]

“Saya yakin dan kami mahu menang pertemuan ini. Kami hanya selangkah saja lagi untuk ke final. Ini kesempatan terbaik. Tahun depan kita tidak tahu lagi apa yang akan berlaku,” katanya.

Azhan, 24, yang mendapat kepercayaan ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada tahun ini, berkata dia sudah memenangi semua gelaran kejohanan peringkat umur tetapi belum ada koleksi pingat juara trofi pertandingan utama Liga Malaysia itu.

Menurut pertahanan kanan Perak itu, walaupun lawan ditemui bukan calang-calang pasukan, ia tidak bererti JDT tidak boleh dikalahkan.

“Peluang kami 50-50, kami pernah menumpaskan mereka di Ipoh dan mereka pula membalasnya di Larkin.

“Jadi siapa yang bertindak bijak serta tidak melakukan kesilapan pasti akan beroleh kejayaan,” katanya.

[AdSense-B]

Pemain berasal dari Ipoh itu berharap rakan sepasukan mampu mengulangi aksi bertenaga seperti ketika menumpaskan Pahang 4-0 di suku akhir kedua di Ipoh pada 24 September lalu.

Cuma An bimbang rentak pasukan The Bos Gaurus terjejas berikutan rehat panjang serta kecederaan baru yang menimpa beberapa pemain utama.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: VIDEO: 5 Jaringan Terbaik JDT Ketika Menentang Perak Dari Musim 2013 Hingga 2016

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: