Bayi Nafas Laju

Anak Bernafas Laju, Nak Bawa Pergi Mana? Kecemasan Dekat Hospital Atau Klinik Kesihatan Dulu? Mak Ayah Wajib Baca

KAMI dapati masih lagi ramai yang tak berapa clear berkenaan konsep ini. Baru baru ini, kami terima seorang ibu yang membawa anaknya yang berumur 1 tahun lebih dalam keadaan lembik, hampir2 tak sedarkan diri pada pukul 10pagi. Padahal anak tu dah semput sejak pukul 4 pagi lagi!

Dalam masa nak revive adik tu, terpikir la dalam hati; Kenapa ibu ini menunggu jugak untuk klinik kesihatan buka, baru dapat bantuan kecemasan kat sini? Sepatutnya dah terus pergi ke hospital pukul 4 pagi tu.

Case tu clear cut sikit. Confirm terus ke hospital. Akan tetapi kadang kala, ada keadaan yang ibu bapa tak berapa pasti. Harap2 post ini dapat terangkan sikit macam mana nak kenal pasti tanda tanda amaran.

Jika anak anda mempunyai tanda-tanda sesak nafas ini, anda boleh terus ke kecemasan untuk mendapatkan rawatan SEGERA.

Nafas Laju

Macam mana nak tahu ni laju ke tak?

Kadar pernafasan melebihi normal

Apa yang normal? Kadar normal ikut umur pesakit tu.

  • < 2 bulan : <60/MINIT
  • 2 bulan hingga 1 tahun: <50/MINIT
  • 1 tahun hingga 5tahun: <40/MINIT

Recessions

Bila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulung rusuk. Jika nampak ototnya timbul tenggelam macam di video yang kami share, itu petanda amaran respiratory distress.

Nasal flaring

Tanda ini boleh dilihat kebanyakkannya pada bayi yang sesak nafas. Pernafasan biasa adalah sangat lembut, relaks, dan tidak nampak macam menggunakan banyak tenaga.

Kalau anak anda mempunyai salah satu pun tanda seperti di atas, anak anda kemungkinan menghidapi kesesakan nafas dan perlu diperiksa oleh doktor secara segera.

Kalau anak menghidapi asma, tanda tanda seperti di atas bermakna anak anda perlu guna inhaler (ventolin) segera, dan kalau tidak lega selepas 3 kali guna, anda boleh ke klinik kesihatan berdekatan dahulu untuk mengambil nebulizer. Akan tetapi, kalau luar ‘office hours’, anda boleh ke kecemasan terus.

Penyakit yang boleh menyebabkan ‘respiratory distress’ pada kanak-kanak.

  • Pneumonia
  • Bronchiolitis
  • Asthma
  • Croup

Share the knowledge, be safe parents.

 

Sumber: Klinik Kesihatan Meru, Klang

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *