Anak Pemalu

Jumpa Orang Automatik Anak Jadi Pemalu. Ibu Jangan Anggap Biasa Sebab Boleh Jejaskan Keyakinan Anak

Ramai ibu bapa menganggap sifat malu atau takut dengan orang akan hilang dengan sendirinya apabila semakin besar. Namun tahukah anda bahawa jika kita tidak mengambil tindakan awal makin anak membesar mereka akan takut untuk berhadapan dengan orang ramai dan berasa selesa berada dalam dunia sendiri.

Proses sosial anak pun akan jadi terbatas dan apabila diajak keluar mereka akan bertindak untuk berada dirumah sahaja. Mahukah kita melihat anak berada dalam dunianya sendiri dan pasti akan menyukarkannya apabila mula bersekolah nanti.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengubah anak pemalu untuk tampil berani bersosial bersama rakan mereka.

1)    Jangan Menyebutnya Pemalu

“Dia memang begitu kalau bertemu dengan orang. Maklumlah, anaknya pemalu sangat.” Kata-kata ini sering kita dengar apabila anak saudara mara kita atau kawan-kawan malu untuk berkawan. Mulai sekarang berhenti menyebut pemalu kepada anak kecil ini. Walaupun kita anggap mereka tidak tahu apa-apa tetapi sebenarnya mereka faham.

Jika anak enggan untuk bergaul apa kata anda sebagai ibu bapa beri kata-kata semangat pada anak. Contohnya “Arif dah besar kan. Pergilah main sama-sama dengan kawan”. Lama kelamaan anak akan faham dan bersemangat walaupun masih takut-takut.

2)    Terima Seadanya

Ib bapa yang ada anak pemalu  jangan rasa rendah diri apabila berdepan dengan orang ramai. Sebaliknya mengakuinya dan cuba buat yang terbaik.  Ada juga ibu bapa buat-buat tak tahu dalam hal ini. Sebenarnya peranan dan psikologi ibu bapa banyak membantu. Usahakan sehabis baik untuk mengurangkan rasa malu dalam diri anak. Kalau anak usia 3 tahun ke bawah masih boleh dibentuk dengan mudah. Jangan cepat putus asa.

3)    Mulai Dari Hal Kecil

Bagi anak yang sangat pemalu, bahkan menatap wajah orang lain pun tak nak anda harus bersabar. Dalam hal ini anda boleh mulakan dengan cara meminta anak menatap mata orang yang ingin berbual dengannya. Apabila anak dah mula selesa boleh ajar anak untuk bertanya soalan dan menyuruh anak menjawab apabila diajukan soalan. Proses ini harus dimulakan dengan perlahan-lahan dan ibu kena lebih sabar.

Mungkin kali pertama gagal tapi anda perlu praktikkan sepanjang masa setiap kali anak berada dalam kelompok ramai.

4)    Tingkatkan Kepercayaan Dirinya

Anak pemalu umumnya memiliki kepercayaan diri yang rendah. Fokus utama untuk membantu anak pemalu ini adalah dengan membina kepercayaan dalam diri anak agar mereka menghargainya. Bagaimana caranya? Mulakan dari perkara kecil seperti memintanya untuk memesan makanan sendiri dan ajar anak untuk bergaul dengan rakan di taman permainan. Sekiranya mereka dapat lakukan dengan baik jangan lupa memberi pujian. Cara ini lebih mengembirakan dan buat anak jadi yakin diri.

5)    Jangan putus asa

Dua perkara yang boleh ibu ayah lakukan untuk mengatasi si kecil pemalu adalah jangan mendukungnya jika di depan orang ramai. Biarkan dia bergaul dan ini cara untuk mengurangkan rasa malu. Kalau anak tetap tak mahu dan merengek berikan kata-kata galakan supaya dapat mengalihkan perhatiannya ke arah kelompok yang ramai.

Kedua adalah menyuruh anak melakukan aktiviti. Biarpun dia tak nak anda kena bantunya. Duduk sama-sama dengannya bagi dia rasa selesa dan mulalah anda ke belakang sedikit. Lama-kelamaan dia akan seronok bermain bersama rakan sebayanya. Perlu diingatkan kena sentiasa bersikap terbuka kerana ia mengambil masa untuk anak. Jangan cepat nak marah pada anak kalau dia tak mahu. Kena lebih bersikap terbuka.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: