Analisa Piala Acl

Analisa: Apa Yang Boleh Terjadi Jika Hanya JDT Menyertai Piala AFC 2016?

Selepas kejayaan JDT menjuarai Piala AFC 2015, kita sudah memasang impian untuk beraksi di Piala ACL pula. Penulis pernah mengutarakan satu cadangan yang tidak digemari oleh pasukan lain untuk membolehkan Malaysia mendapat satu slot automatik ke Piala ACL.

Melihatkan penyertaan dua pasukan dalam satu negera dalam Piala AFC boleh mengurangkan mata jika satu pasukan beraksi cemerlang dan satu lagi pasukan gagal untuk melepasi peringkat kumpulan. Jadinya, penulis pernah mencadangankan hanya JDT beraksi dalam Piala AFC 2016. Ini kerana tahun 2016 merupakan tahun terakhir untuk pengiraan MA ranking dan kelayakakn ke Piala ACL 2017.

Kedudukan MA ranking ketika Nov 2016 – Zon Timur

1- Korea Selatan (96.311 mata)

2- Jepun (75.807 mata)

3- China (72.719 mata)

4- Australia (72.599 mata)

5- Thailand (34.753 mata)

6- Hong Kong (31.797 mata)

7- Vietnam (29.273 mata)

8- Malaysia (28.865 mata)

Anda juga boleh semak mata ini di link ini.

Pecahan MA ranking Malaysia

2013: 4.500

2014: 1.833

2015: 9.500

2016: 7.167

Jumlah mata kelab: 23.000

70% jumlah mata kelab: 22.918

Mata FIFA ranking: 158

30% mata FIFA ranking: 5.947

Mata MA ranking: 28.865

Apa yang terjadi apabila hanya JDT beraksi pada Piala AFC 2016?

Mata yang tidak berubah adalah untuk tahun 2013, 2014, 2015 dan 30% mata FIFA ranking

Dibawah ini adalah pengiraan asal apabila dua pasukan beraksi pada 2016.

Dengan penyertaan hanya satu pasukan sahaja, purata untuk dua pasukan tidak perlu dikira. Hanya mata keseluruhan yang diperolehi dibahagi dengan 3. Jadinya, mata untuk 2016 yang dikira semua berdasarkan situasi ini adalah 11.667.

Sekarang, tibalah masa untuk mengira semula mata MA ranking yang baru pada Nov 2016

Jumlah mata kelab: 4.500 + 1.833 + 9.500 + 11.667 = 27.500

70% jumlah mata kelab: 27.402

30% mata FIFA ranking: 5.947

Mata MA ranking: 33.349

Kesimpulan

Berdasarkan mata MA ranking yang dikira berdasarkan situasi hanya JDT sahaj menyertai Piala AFC 2017, Malaysia akan berjaya memotong Hong Kong dan berada pada dikedudukan ke-6. Dengan ini Malaysia sudah mendapatkan satu slot automatik ke Piala ACL 2017.

Namun, analisa ini dibuat bukan untuk menunjukan kehebatan JDT dan memanipulasi sistem kiraan mata untuk MA ranking. Tetapi, dari sini kita dapat melihat betapa pentingnya mempunyai 2 pasukan yang kuat dalam kejohanan Piala AFC untuk mengumpul mata sebanyak mungkin untuk MA ranking.

Walau bagaimanapun, kita tidak perlu lagi mengenang akan perkara ini kerana kami pasti Malaysia akan berada pada kedudukan ke-6 MA ranking Zon Asia pada hujung tahun ini dan seterusnya mendapat satu slot automatik ke Piala ACL 2019.

Akhir kata, peluang sudah terbuka. Selamat berjuang kepada pasukan JDT untuk merealisasikan impian TMJ, pemain, pihak pengurusan dan penyokong untuk melihat JDT beraksi dalam Piala ACL.

Baca juga: Keputusan Undian Piala Malaysia 2017, Adakah JDT Berada Dalam Kumpulan Maut?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: