Analisa Buriram United Vs JDT

Analisa Buriram United vs JDT: Penyudah yang tumpul

Berdasarkan pada 2 perlawanan sebelum ini, bertemu Buriram United boleh dikatakan eksperimen terakhir untuk mencari kesebelasan terbaik untuk menghadapi Liga-M yang akan bermula minggu ini. Kami sediakan sedikit analisa Buriram United vs JDT dalam artikel ini.

Sebelum kita ke analisa perlawanan, inilah kata-kata Mario Gomez sebelum perlawanan Buriram United vs JDT sabtu lepas.

“Kami akan bertemu dengan kelab terbaik di Thailand pada malam ini iaituBuriram United. Ia satu perlawanan yang sukar kerana Buriram United bukan sahaja bermain di kejohanan Piala AFC malah mereka pernah bermain di saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) selama empat tahun berturut-turut sejak 2013 hingga 2016. Kami akan menimba pengalaman dari mereka.”

Analisa Buriram United vs JDT: Formasi Permulaan

Mario Gomez sekali lagi mengekalkan formasi hampir sama seperti biasa iaitu 4-4-1-1. Dengan meletakkan penyerang tunggal seperti Target Man di hadapan dibantu dengan seorang pemain di atas.

Berdasarkan pemilihan kesebelasan kali ini boleh dikatakan inilah barisan terbaik untuk Mario Gomez. Jeronimo Barrales diberikan debut tak rasmi untuk bermain pada malam itu dan digandingkan bersama Brian Ferreira di hadapan.

Analisa Buriram United vs JDT Jeronimo Barrales

Sedikit perubahan dilakukan pada bahagian sayap kiri dan kanan. Safawi Rashid bermain di sayap kanan dan Gonzalo Cabrera di berikan peranan di sayap kiri. Amirulhadi dan Safiq Rahim menjadi jeneral di tengah padang seperti biasa.

Barisan pertahanan nampak nya kita kena akui yang ini lah barisan pertahanan terbaik yang kita ada untuk musim ini. Fazly Mazlan, Kunalan, Aidil dan Marcos masih lagi menjadi orang kepercayaan Gomez untuk melindungi Farizal Marlias di hadapan pintu gol.

Kejutan Jaringan Awal

Pada minit ke 6, pasukan Buriram telah menjaringkan gol pendahuluan melalui 1 set-piece dari sebelah kanan. Diogo Luis Santo telah melakukan satu sentuhan yang mudah selepas tiada siapa yang menjaga beliau ketika di dalam kotak penalti.

Pada pemerhatian kami, sepatutnya pemain itu dikawal oleh Aidil. Tetapi mungkin atas sebab sedikit kelekaan dan beliau belum settle down lagi dalam perlawanan ini menyebabkan beliau leka.

Para pemain JDT agak terkejut dengan jaringan awal seperti ini sebelum mereka akhirnya mampu menyelesaikan masalah menyesuaikan diri dengan keadaan padang. Jika jaringan ini dapat dielakkan mungkin keputusan akan jadi berbeza.

Serangan Dari Bahagian Sayap

Safawi Rashid dan Gonzalo Cabrera orang yang paling penting menjana serangan dari bahagian sayap. Safawi kelihatan akan masuk lebih ke dalam apabila melakukan serangan dari sayap kanan. Kekuatan kaki kirinya membuatkan dia banyak membuat cut-inside untuk terus melakukan cubaan atau lorongan menarik kepada penyerang.

Gonzalo pula banyak berlegar di tengah padang. Boleh kami katakan peranan die seperti Wide Center Midfielder. Bukan sebagai pemain sayap tapi lebih kepada pemain tengah yang banyak bergerak di tepi.

Ternyata taktikal Mario Gomez masih lagi banyak menggunakan pemain di bahagian tepi untuk menjana serangan. Larian deras dari Safawi Rashid masih lagi menjadi taruhan utama setakat ini.

Ketumpulan Barisan Serangan

Analisa Buriram United vs JDT serangan

Jerenimo Barrales dan Brian Ferreira menjadi pilihan untuk digandingkan di bahagian serangan pada perlawanan ini.Barrales menjadi target man di bahagian atas manakala Ferreira bergerak di belakang nya.

Ternyata mereka berdua masih lagi belum serasi.Tiada serangan berbahaya yang dapat dilakukan ke arah pintu gol Buriram pada separuh masa pertama.

Kita boleh lihat Ferreira nampak struggle untuk bermain sebagai backup striker.Barrales pula masih lagi terlalu tumpul dan kekeringan idea untuk mengajak pasukan menyerang. Mungkin mereka berdua memerlukan lebih banyak masa dan perlawanan sebelum dapat keserasian.

Perubahan Separuh Masa Kedua

Permulaan separuh masa kedua, dua pemain dibawa masuk iaitu Hazwan dan Azrif bagi menggantikan Barrales dan Fazly.Ini merupakan penggantian secara terus berdasarkan posisi masing-masing.

Selepas Hazwan dibawa masuk,baru ada nampak tanda-tanda untuk pasukan JDT bangkit. Sehingga akhirnya Hazwan dapat melakukan percubaan menarik ke arah gawang gol pasukan lawan.

Analisa Buriram United vs JDT hazwan bakri

Azrif nampak semakin selesa untuk bermain di bahagian pertahanan kiri. Ini baik untuk pasukan JDT kerana pada musim lepas Fazly nampak selesa tanpa ada saingan di posisi tersebut.

Kemasukan Azamudin, Fadhli Shas, Harris Harun, Darren Lok dan Mahali bagi menggantikan Cabrera, Aidil, Amirulhadi, Ferreira dan Safawi menambahkan lagi sengat untuk pasukan JDT.

Kemasukan mereka telah memberikan hampir penguasaan penuh kepada pasukan JDT. Dua percubaan dari Hazwan dan Darren hampir menjaringkan gol untuk pasukan JDT. Jika tidak pasti pasukan JDT telah mendahului pasukan Buriram.

Prestasi Pemain Import Baru

import baru jdt Analisa Buriram United vs JDT

Jeronimo Barrales boleh dikatakan gagal dalam perlawanan pertama ini untuk pasukan JDT. Beliau kelihatan seperti masih keliru dengan apa yang perlu dibuat ketika pasukan memulakan serangan. Tiada langsung percubaan dari beliau menyebabkan beliau ditukar pada separuh masa kedua.

Brian Ferreira masih lagi struggle dengan peranan baru nya dalam pasukan JDT. Sebelum ini beliau banyak bergerak sebagai pemain tengah menyerang seperti Safik Rahim ketika bersama pasukan lama beliau. Tiada serangan atau gerakan berbahaya yang berjaya dilakukan beliau dalam perlawanan ini

Gonzalo Cabrera pula seperti masih tercari-cari sentuhan beliau. Pada pendapat kami, mungkin posisi dan peranan beliau di bahagian sayap menyebabkan pergerakan beliau agak terbatas. Jika diberikan peluang untuk bermain di tengah mungkin kita akan dapat lihat mengapa Gonzalo Cabrera ini menjadi pilihan Mario Gomez untuk menggantikan Harris Harun.

Pandangan Mario Gomez selepas tamat perlawanan

Analisa Buriram United vs JDT mario gomez

Saya amat gembira dengan pemain-pemain saya. Kami bolos pada awal permainan kerana kami buat silap hanya memerhatikan bola. Walaubagaimanapun, kami berjaya mencipta banyak peluang yang bagus dan menguasai 75% perlawanan.

Saya gembira dengan apa yang saya lihat terutama dengan pemain tempatan kami. Mereka amat hebat hari ini. Bagi pemain luar negara, saya hanya meletakkan mereka di atas padang 30% untuk persediaan perlawanan pertama pada 20hb Januari nanti.

Secara keseluruhan, saya pasti bahawa pasukan ini akan menjadi lebih kuat pada masa hadapan. Buriram adalah pasukan yang sangat kuat dan berpengalaman serta mereka bersaing dalam pertandingan terunggul di Asia. Bagi kita untuk mengawal 65% – 75% daripada permainan dan mencipta peluang yang banyak, kedua-duanya satu kejutan dan saya berasa teruja.

Analisa Buriram United vs JDT: Kesimpulan

Analisa Buriram United vs JDT harris harun

Farizal Marlias harus cepat menyelesaikan masalah gugup nya ketika berdepan pasukan yang lebih kuat dan besar. Ada beberapa tindakan nya agak meragukan ketika perlawanan ini.

Barisan pertahanan bolehlah diberikan pujian dan kredit kerana hanya melepaskan 1 gol. Marcos Antonio masih lagi menjadi pemain paling penting di bahagian pertahanan dalam menyusun barisan pertahanannya.

Selepas Harris Harun masuk menggantikan Amirulhadi kita boleh lihat betapa pentingnya seorang pemain yang mempunyai naluri bertahan di tengah. Kemampuan nya untuk mengawal bahagian tengah dan menyekat serangan dari pihak lawan lebih awal memberikan banyak kelebihan untuk JDT pada malam itu.

Darren Lok dan Hazwan Bakri nampak lebih bersedia untuk menghadapi musim baru berbanding dengan Ferreira dan Barrales. Kerajinan yang ada pada Darren dan ketajaman penyudahan pada Hazwan mungkin menjadi aset penting serangan JDT pada musim ini.

Analisa Buriram United vs JDT: Pemain Terbaik

marcos jdt, buriram

Kami memilih Marcos Antonio sebagai pemain terbaik perlawanan ini. Jika tidak kerana beliau pasti pintu gol JDT lebih banyak dibolosi oleh pasukan Buriram.Kemampuan untuk membaca permainan lebih awal memberikan kelebihan pada beliau pada perlawanan ini. Apa komen anda dengan analisa Buriram United vs JDT ini?

Analisa Buriram United vs JDT: Video Highlight

 Baca juga: Analisa Chonburi FC vs JDT: Bahagian tengah yang lemah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: