Afc Ma Ranking

Analisa: JDT penyumbang terbesar kepada MA ranking Malaysia

Pihak AFC telah pun mengemaskini MA ranking pada jumaat yang lepas. Sehingga bulan Mei 2017 ini, kami membuat satu analisa jumlah mata yang telah disumbangkan oleh pasukan-pasukan yang telah beraksi di Piala AFC dari tahun 2014 hingga 2017. Tahukah berapa MA ranking Malaysia?

Terdapat lima pasukan yang menyumbangkan kepada 90% MA ranking Malaysia iaitu JDT, Pahang, Selangor, Felda United dan Kelantan. Daripada mata yang berjaya pasukan ini kumpulkan, kami jadikan kepada 90% sahaja. Ini kerana 10% lagi merupakan sumbangan dari skuad kebangsaan Malaysia.

MA ranking peratusan pengiraan

Bagaimana MA ranking dikira?

Secara asaskan mata-mata boleh dikumpul melalui dua kejohanan yang dikelolakan oleh pihak AFC iaitu Piala AFC dan juga Piala ACL. Kemenangan dan juga seri akan memberikan mata kepada MA ranking. Selain itu, terdapat mata tambahan sekiranya layak ke pusingan kalah mati. Pihak AFC menyediakan manual perkiraan seperti dibawah ini:

Prestasi pasukan dari 2014 hingga 2017

Tahun 2014 – Selangor menang 2 perlawanan dan seri 2 perlawanan dan tidak melepasi peringkat kumpulan. Manakala Kelantan hanya menang satu perlawanan dan tidak melepasi peringkat kumpulan.

Tahun 2015 – JDT menang 9 perlawanan dan seri satu perlawanan sehingga berjaya menjuarai Piala AFC 2015. Manakala Pahang menang 5 perlawanan dan seri 2 perlawan dan terkandas pada peringkat suku akhir.

Tahun 2016 – JDT menang 8 perlawanan dan seri dua perlawanan dan terkanda pada peringkat separuh akhir. Selangor pula menang 3 perlawanan dan seri dua perlawanan dan tidak melepasi peringkat kumpulan.

Tahun 2017 – JDT menang melalui sepakan penalti penalti prelim 2 dan tersangkut pada playoff Piala ACL. JDT juga menang 4 perlawanan dan seri satu perlawanan serta layak ke peringkat zonal semi final Piala AFC. JDT masih boleh mengumpul mata untuk MA ranking. Felda United menang satu perlawanan dan seri 2 perlawanan piala AFC.

Perkiraan mata MA ranking Malaysia

ma ranking malaysia mei 2017

Kami sediakan table untuk memudahkan kami mengira dan juga pembaca memahami pengiraan kami. Anda akan dapat melihat mata untuk setiap tahun adalah sama seperti yang dikira oleh pihak AFC (gambar di atas).

Mata pasukan untuk MA ranking Malaysia

ma ranking malaysia - peratus

Kesimpulan

peratusan sumbangan kelab kepada MA ranking Malaysia

JDT merupakan pasukan yang paling banyak menyumbang kepada MA ranking Malaysia iaitu sebanyak 62%. Dengan situasi yang mana hanya JDT masih beraksi dalam Piala AFC 2017, peratusan ini masih boleh ditingkatkan dan mencerahkan peluang Malaysia untuk mendapatkan satu slot automatik ke Piala ACL.

Baca juga: Highlight: Melaka 1 JDT 1, Safiq Rahim memintas rekod Diaz

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: