Pengiraan Ma Ranking

Analisa: JDT Sumbang 63.14% Mata Kepada MA Ranking Malaysia

Dengan berakhirnya cabaran JDT dalam Piala AFC maka pungutan mata yang dikumpul dari tahun 2014 hingga 2017 tidak akan berubah. Maka, tiada lagi pasukan dari Malaysia yang menyumbangkan mata kepada MA ranking sehingga bulan Nov 2017.

Perubahan pada kiraan mata untuk musim 2017

Untuk tahun 2017, terdapat sedikit perubahan mengenai mata di peringkat kalah mati berdasarkan perubahan format Piala AFC 2017. Namun, mata tersebut membuat kami sedikit terkilan kerana mata yang diberikan pada peringkat kalah mati lebih sedikit dari peringkat kumpulan.

Selain itu, mata di peringkat kalah mati juga berbeza untuk zon Asean berbanding zon yang lain. Adakah disebabkan zon Asean akan bermain lebih perlawanan? Anda boleh lihat sendiri pada gambarajah dibawah:

mata terbaru 2017

Pengiraan mata dari 2014 hingga 2017

Peratusan pasukan

Berdasarkan mata yang dikumpul oleh setiap pasukan yang pernah beraksi dalam Piala AFC sejak 2014, kami dapati JDT menyumbang 63.14% dari mata MA ranking Malaysia. Sekiranya Malaysia berjaya mendapatkan satu slot automatik ke Piala ACL, kami ucapkan terima kasih kepada TMJ membolehkan paling kurang satu pasukan dari Malaysia berada dalam kejohanan berprestij itu.

Baca juga: 4 Kesan Kehadiran Natxo Insa Dalam Pasukan JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: