Cover Jdt Vs Pulau Pinang

Analisa JDT vs Pulau Pinang: “Mode attacking” JDT hancurkan “bas” Pulau Pinang

Semalam berlangsungnya pertembungan antara pasukan dari utara, Pulau Pinang menentang JDT bertempat di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada JDT dengan jaringan 2-0.

Yang menariknya, perlawanan debut untuk pengurus baru JDT, Ulisses Morais dan pemain kacukan baru, Natxo Insa. Dalam artikel kali ini, penulis mengulas beberapa analisis sepanjang 90 minit perlawanan.

Dalam perlawanan ini, penulis ingin menekankan beberapa perkara penting yang penulis dapat antaranya gameplay, tempo permainan, formasi dan sebagainya. Namun, penulis nampak beberapa peningkatan dalam gameplay di bawah kendalian pengurus baru ini.

Separuh Masa Pertama

Formasi kesebelasan utama. Keeper utama Izham Tarmizi

Untuk fasa 10 minit pertama, intensiti kedua-dua pasukan dalam keadaan sederhana sehinggalah JDT mula bermain secara posession ball dan memaksa Pulau Pinang dalam keadaan bertahan. Asakan bertubi hampir memecah kebuntuan pada minit ke 10 namun pertahanan P. Pinang menafikan peluang tersebut walaupun keadaan serba kelam kabut di hadapan pintu gol P. Pinang.

Masuk minit ke 30, P. Pinang mula bermain secara defensif dan ia memberi masalah kepada JDT yang lebih mengamalkan open play. Ini memaksa JDT untuk lebih menghantar bola ke dalam D dan membuat beberapa long pass ke Ghaddar.

Ghaddar pula agak bermasalah untuk involve dalam team play namun cepat untuk settledown dalam game apabila perlawanan masuk ke minit-minit terakhir separuh masa.

Dalam hal ini, penulis ingin menekankan beberapa masalah dalam JDT pada separuh masa pertama, antaranya isu defending yang memaksa Izham untuk lebih aggresif ke luar kotak penalti sebagai sweeper keeper. Pertahanan kita terlalu mudah dibocorkan oleh Nyassi yang bertindak sebagai target man.

Selain itu, isu covering space kerana kita terlalu bergantung kepada Natxo untuk lebih roaming dalam game, manakala Safiq pula buntu dalam membentuk game memandangkan dia masih lagi cuba adapt gameplay Morais.

Separuh masa kedua

Dalam babak kali ini, JDT mula mengatur rentak balik apabila P. Pinang mula bermain secara open play dan wide game. Namun gameplay yang perlahan ditonjolkan JDT yang dalam keadaan 4-1-4-1 dan mula bermain sistem target man. Namun JDT tidak berappa rely on Ghaddar dalam sistem walaupun Ghaddar sentiasa di hadapan. Gameplay juga berat ke kiri dan more to Cabrerra untuk lebih masuk ke D lawan.

P. Pinang pula mula bermain secara fizikal dengan asakan-asakan keras namun masih defensif. Gelembung buaya juga masih di amalkan namun kali ini lebih efektif melalui one-two play Nigel dan Nyassi. Namun tidak ada potential yang dapat dikatakan kerana Midfielder P. Pinang kurang mendapat bola.

Pada minit-minit terakhir perlawanan, beberapa pemain yang dikeluarkan kerana JDT mula mengenakan high pressing ke atas P. Pinang setelah dalam keadaan “double six” pada minit 70. Pressure mula dikenakan dan asakan yang bertubi mula dilancarkan bagi mengelakkan bolos minit-minit terakhir.

Kesimpulan

Banyak isu dalam pasukan JDT ketika era Mora dapat dibaiki Morais dalam perlawanan ini. Tempo attacking juga dibaiki Morais yang menerapkan intensity secara naik turun bagi mengekalkan tempo attacking dalam keadaan yang lama. Walaupun JDT nampak kurang rigid tapi fluidity bola masih lagi cair dengan kehadiran Natxo yang banyak bertindak sebagai architect untuk cover silly mistake dari Safiq.

MOTM : Natxo Insa

natxo insa jdt 1

Pengalaman bermain di Sepanyol amat berguna baginya dalam menyesuaikan playing style Liga-M. Namun ketenangan dan individual play dari beliau memberi sumbangan kepada pasukan walaupun gagal membuat sebarang gol. Akhirnya kita akan jumpa juga bakal “Lucho” yang baru kalau Natxo perform untuk tahun ni.

Baca juga: Video Rangkuman: Liga Super ke-14, Johor DT 2 Pulau Pinang 0


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: