Jdt Vs Sarawak Menang

Analisa JDT vs Sarawak: ‘Pelan B’ Bawa Tuah Kepada JDT

Ternyata perlantikan Morais adalah satu tindakan bijak. JDT jelas tidak berapa menjadi walaupun menggunakan formasi terkuat mereka.

‘TACTICAL CHANGE’ DARIPADA 4-3-3 KEPADA 4-4-2 MENJADI

jdt vs sarawak kesebelasan utama

Sarawak memberi satu tamparan besar kepada JDT apabila mampu menyekat penguasaan JDT yang menggunakan formasi terbaik mereka pada musim ini terutama di separuh masa kedua.

Pada separuh masa pertama, penyerang JDT jelas sangat klinikal di hadapan gawang gol apabila gagal menterjemahkan percubaan berbahaya kepada gol. Dari lambakan percubaan, hanya satu gol berjaya ditembusi.

SARAWAK BERMASALAH DI PERTAHANAN

Jelas sekali pada separuh masa pertama, Sarawak mengalami isu dalam ‘delaying ball flowing’ JDT. Mereka seperti keliru dalam menentukan keputusan sama ada mahu bertahan secara ‘zonal marking’ mahupun ‘man to man marking’.

Dan ini memberi kelebihan besar kepada JDT yang sentiasa mendatangkan bahaya dari Gabriel Guerra.

Mereka memberi ruang dan peluang yang besar kepada JDT di ‘wide area defending’ dan ini menyebabkan mereka melakukan ‘silly foul’ di kawasan yang tidak sepatutnya.

Nyata pihak pengurusan Sarawak harus memikirkan cara untuk mengatasi masalah sebegini

‘DEFENDING THIRD’ JDT MASIH LONGGAR

jdt vs sarawak marcos

‘Fullback’ JDT sering mengalami masalah ‘air ball duel’ tatkala Sarawak mengalirkan bola ke Rostam melalui udara atau ‘air through pass’. JDT masih lagi bergantung kepada Marcos untuk lebih memenangi ‘air duel’ di kawasan ‘defending third’.

Memandangkan Marcos akan bersara tahun hadapan, JDT nampaknya perlu mencari pemain pertahanan yang bertindak sebagai ‘complete defender’ seperti Marcos. Walaupun JDT mempunyai banyak pilihan untuk meletakkan tugas ke atas pemain tempatan yang lain namun peranan, ‘covering’ dan fizikal Marcos sukar untuk dicari ganti.

NATXO-SAFIQ-AFIQ SEMAKIN SERASI

jdt vs sarawak natxo afiq

Harus diakui, gandingan bertiga pemain tengah JDT melakukan ‘covering’ malam tadi cukup cemerlang. Mereka bertiga mengurangkan ‘workload’ yang selalu ditanggung pertahanan dan sering mencipta gerakan.

Tambahan pula, Safiq sudah mulai menemui rentak beliau setelah beliau dapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan Natxo, manakala Afiq pula sudah menunjukkan ‘improvement’ dengan melakukan beberapa ‘follow up’ dan ‘back up’ untuk Ghaddar yang pada malam ini bertindak sebagai ‘target man’. Nampaknya Natxo sudah mula mendapat tempat di hati penyokong JDT.

PRESTASI PEMAIN-PEMAIN JDT SEMAKIN MENINGKAT

Positif di dalam perlawanan sebentar tadi menampakkan beberapa pemain menunjukkan peningkatan sama ada secara perlahan mahupun mendadak.

Pemain seperti Fadhli Shas, Safawi Rasid, Safiq Rahim dan Hasbullah Abu Bakar harus diberikan kredit. Mereka mempunyai ‘fighting spirit’ dan ‘passion’ yang harus dipuji.

MOTM

jdt vs sarawak safiq

Mungkin ramai mahukan Safawi Rasid mahupun Mohamad Ghaddar sebagai MOTM. Tapi bagi penulis, penulis merasakan Safiq Rahim berhak untuk menerima penghargaan tersebut.

Beliau menjadi punca dan penyebab kebangkitan JDT dengan penuh bergaya. Jikalau Safiq masih ‘terlena diulit mimpi’, sudah pasti pemain-pemain JDT yang lain akan berada di dalam tekanan termasuk diri Safiq sendiri.

Beliau akhirnya dapat keluar dari bayang-bayang Natxo Insa yang membayangi beliau selama tiga perlawanan yang lalu.

Dan di sini penulis mewakili Semuanya JDT ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada YM Che Puan Khaleeda serta peminat setia halaman kami iaitu Puan Nadia Bellerin

Baca juga: Liga Super 2017: JDT 3 Sarawak 1, JDT Semakin Menghampiri Gelaran Juara


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: