Piala Malaysia 2017 Jdt Vs Terengganu Darren Lok Gol

Analisa JDT VS Terengganu : Terengganu ‘Loose Marking’, ‘Direct Football’ JDT Berkesan

JDT dan Terengganu masing-masing menurunkan ‘second string’ mereka pada perlawanan malam semalam bagi memfokuskan yang utama dahulu. Tetapi ‘second string’ JDT membayangi ‘second string’ Terengganu dari segi teknikal mahupun taktikal.

PERMULAAN

piala malaysia 2017 jdt vs terengganu lineup

JDT seperti biasa bermain dengan 4-3-3 dan meletakkan Amirul Hadi sebagai pemain utama di bahagian tengah bersama Nazmi Faiz dan Afiq Fazail. Fadhli Shas mendapat gandingan baru selepas JDT kehilangan khidmat Marcos Antonio.

Terengganu juga bermain formasi 4-3-3 dengan Faiz Nasir diletakkan di bangku simpanan pada permulaan permainan.

AZAMUDDIN AKIL DURI DALAM DAGING DI SEPARUH MASA PERTAMA

JDT banyak melakukan serangan di ‘wide area’ di sebelah kanan. Ini disebabkan Azamuddin Akil merupakan pemain yang pandai mengadaptasi kelebihan bermain ‘direct football’.

‘Agility’ dan ‘pace’ Azamuddin Akil menyebabkan pertahanan Terengganu melakukan ‘silly foul’ atau dalam term pengulas di Malaysia, asakan gegabah dan menyebabkan JDT memperoleh penalti untuk kali pertama dalam karier jurulatih Morais melatih JDT.

Gerakan bersama S.Kunanlan dan Nazmi Faiz yang jelas ‘menjajah’ bahagian tengah menyebabkan pertahanan Terengganu yang lain datang membantu dalam keadaan posisi mereka dibiarkan kosong.

TENGAH BERTIGA JDT MENJADI

Pada mulanya agak merisaukan apabila nama Amirul Hadi tersenarai sebagai pemain utama. Namun, beliau membuktikan malam ini beliau layak untuk menyarung jersi Harimau Selatan.

Tanpa kelibat Safiq Rahim membuka ruang kepada Nazmi Faiz untuk lebih ‘roaming’ dalam mencipta ‘chances’ dan lebih ‘creative’ dalam melakukan ‘build up’. Kemasukkan Natxo Insa di separuh masa kedua menajamkan lagi bahagian tengah JDT.

Afiq Fazail juga melakukan kerja yang baik apabila sering kali melakukan ‘interception’ dan ‘blocking’ dalam ‘shielding back four’ JDT.

PERTAHANAN TERENGGANU MULA ‘LOOSE MARKING’

Pertahanan Terengganu jelas menjadi hilang punca apabila JDT terus-menerus melakukan serangan di setiap genap penjuru. ‘Halfback’ mahupun ‘fullback’ Terengganu pada mulanya sangat berdisiplin dan melakukan ‘tight marking’ ke atas Hazwan Bakri dan Safawi Rasid.

Namun selepas JDT meningkatkan intensiti dan tempo permainan, ternyata mereka gagal untuk mengekalkan ‘shape’ pertahanan mereka. Mereka menjadi keliru dan buntu.

Jelas ini memberi kelebihan kepada unit serangan dan tengah JDT untuk mencuri masa untuk melakukan ‘build up’ dan mencari ruang. Dan ‘gap’ pertahanan Terengganu menjadi semakin lebar selepas ditarik keluar dari ‘D Box’ oleh Hazwan Bakri.

PIVOT TERENGGANU ROSAK

‘Pivot’ Terengganu jelas mempunyai masalah. Mereka gagal melakukan ‘connection’ ke bahagian hadapan dan ini menyebabkan Terengganu ‘strikerless’.

Sehingga satu tahap pertahanan JDT berada di bahagian tengah padang.

PERTAHANAN JDT KURANG DIUJI

piala malaysia 2017 jdt vs terengganu junior

Selepas kehilangan Marcos Antonio, jelas JDT berada dalam situasi berjaga-jaga. Jurulatih Morais cuba menggandingkan Junior Eldstal bersama Fadhli Shas yang sedang menikmati ‘form’ terbaik beliau.

Pada peringkat awal, Junior jelas ‘struggle’ dan disebabkan tiada ‘command’ di bahagian pertahanan, di mana itu adalah tugas Marcos dahulu, hampir menyebabkan JDT bolos kerana pertahanan JDT jelas kurang awas dengan perangkap offsaid yang cuba mereka rancangkan.

KESIMPULAN

Malam ini adalah malam JDT. Terengganu serba serbi tidak menjadi dan ini memudahkan urusan JDT.

Namun JDT tidak boleh menghela nafas panjang kerana pertahanan mereka masih belum diuji sepenuhnya ekoran penyerang Terengganu tidak dapat ‘service’ dari pemain tengah mereka.

Namun apa yang positif di dalam perlawanan malam semalam, aksi ‘twin striker’ JDT yang jelas menjadi. Gandingan Hazwan-Darren acapkali memberi 1001 pening terhadap pertahanan Terengganu.

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN

Penulis memberi anugerah ini kepada Fadhli Shas. Walaupun ada beberapa ketika pertahanan JDT agak terancam, tapi kalau dilihat dari keseluruhan permainan jelas Fadhli Shas menunjukan satu permainan yang sangat matang lebih-lebih lagi tanpa kelibat Marcos Antonio mahupun Aidil Zafuan.

Beliau semakin tenang dan tidak gopoh dalam melakukan ‘clearances’. Dan dalam 4 perlawanan terakhir beliau, beliau sudah menjaringkan 3 gol dan itu satu jumlah yang agak besar bagi seorang pertahanan.

From zero to hero, he is the man.

Baca juga: Piala Malaysia 2017: Johor DT 5 Terengganu 0, Sah Ke Suku Akhir Hanya Penentuan Juara Kumpulan


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: