Analisa Cover Mu Away

Analisa Melaka United vs JDT : Melaka United Gagal Kekalkan Intensiti Tinggi

Dalam perlawanan malam semalam, JDT menurunkan kesebelasan utama mereka dengan Safiq Rahim dan Natxo Insa diletakkan sebagai pemain kembar no.8. JDT beraksi dalam sistem 4-3-3 dengan Mohamad Ghaddar diletakkan sebagai ‘target man’.

Melaka United juga bermain dengan formasi 4-3-3 di mana Fauzi Roslan dan De Souza bermain sebagai pemain sisi untuk menyalurkan bola kepada Marko Simic.

INTENSITI TINGGI MELAKA UNITED TIDAK KEKAL LAMA

Salah satu punca mengapa Melaka United dibolosi dengan angka nombor 4 adalah kerana kegagalan ‘center circle’ mereka yang ‘malfunction’. Tiada ‘pressing’ dan tahap agresif mereka sangat kurang di samping mati akal untuk mengadunkan permainan seiring dengan tahap permainan JDT.

[AdSense-B]

Agresif di sini bermaksud tindakan segera yang dikenakan terhadap pemain lawan terutama apabila saat kita mahukan kembali penguasaan bola untuk mengelakkan menjadi pasukan yang bertahan.

Sivanesan dan Surendran ternyata gagal membentuk gandingan ampuh di tengah walaupun Jeon Woo beraksi agak baik. Mereka terlalu berharapkan Souza dan Fauzi untuk melancarkan serangan.

‘HIGH PRESSING’ TENGAH BERTIGA JDT MENGANCAM MELAKA UNITED

Ghaddar 1

Apabila JDT kehilangan bola, dua pemain JDT yang mempunyai jantung kuda akan sentiasa memberi tekanan secara agresif.

Mereka membentuk 3 v 2 di ‘half space’ dan ini ternyata memberi kestabilan dan keselesaan pada mereka untuk mencorakkan lagi permainan terutama di separuh masa kedua.

Situasi sedemikian memaksa Marko Simic ‘drop deep’ untuk mengutip bola selepas berjaya diasingkan barisan pertahanan JDT. Kemasukkan Nazmi menyebabkam unit tengah JDT berjaya menguasai secara ‘total’ di dalam sistem formasi 3-5-2

‘BUILD UP’ JDT LEBIH BERBISA

[AdSense-B]

3 daripada 4 gol yang dihasilkan JDT adalah daripada satu ‘build up’ yang sistematik dan Fazly Mazlan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila beliau menjadi punca dua gol pertama JDT.

Permainan ‘overlap’ yang sering diperagakan Fazly membantu membuka dan mencipta ruang kepada rakan lain. Buktinya semasa gol pertama dan kedua JDT.

KEMEROSOTAN PRESTASI GABRIEL GUERRA

Bukan sekali dua beliau memperagakan permainan hambar sebegini, tetapi sudah acapkali. Penulis merasakan faktor kurang percaya pada rakan sepasukan menjadikan faktor kenapa beliau sedang mengalami penurunan prestasi.

Rata-rata agak resah dan sudah ada nada-nada sumbang menyatakan jika Guerra berterusan sedemikian, kemungkinan beliau akan kembali ke JDT II ataupun bakal disingkirkan terus bagi memberi laluan kepada pemain import yang lebih semangat berpasukan dan tidak mengejar nama dan populariti.

Perlawanan semalam melihatkan Guerra terlalu bertindak secara individualistik berbanding bergerak secara kumpulan. Beliau acapkali gagal melepaskan bola awal kepada rakan sepasukan yang jelas berada di posisi lebih baik untuk sekurang-kurangnya menghadirkan ancaman ke atas gawang pihak lawan.

KESIMPULAN

JDT jelas berada dalam kelas tersendiri hasil daripada motivasi kemenangan yang lalu dan bakal meraikan kejuaraan keempat Rabu hadapan.

Safiq Rahim antara figura paling menonjol pada malam ini. Jelas nampak penguasaan beliau di atas padang, ‘vision’ beliau pun cukup menarik.

[AdSense-B]

Nazmi Faiz, Hazwan Bakri dan Safawi Rasid juga menunjukkan prestasi memberangsangkan di dalam sistem 3-5-2 namun jurulatih Morais masih ada tugas untuk menajamkan lagi bahagian depan dan harus memikirkan ‘pair up’ yang sesuai jika mahu bermain ‘twins striker’.

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN

Safiq Rahim – 8.5/10

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Piala Malaysia 2017, Melaka United 1 Johor DT 4

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: