Natxo V Liridon

Analisa Pemain: Natxo v Liridon, Pertarungan 2 Enjin Di Tengah

Enjin adalah penggerak kepada seuatu pasukan. 2 pemain yang menarik perhatian kita semua pastinya Liridon dan Natxo. Liridon sudah kenal benar dengan bola sepak Malaysia dan atmosfera final terutama sekali Piala Malaysia.

Natxo Insa pula memiliki adaptasi yang luar biasa dalam bola sepak Malaysia. Beliau seperti sudah beraksi di Malaysia lebih 3 tahun.

1. Passing

Dalam aspek passing saya rasa Natxo ada kelebihan. Liridon lebih kepada ball carrier dan dia suka menggoreng.
Namun Liridon tetap memiliki hantaran kunci yang padu di final third.

Cuma aspek dari segi playmaking di tengah, Natxo akan lebih kuat dari aspek ini. Natxo ada kelebihan untuk melakukan diagonal passes dan vertical passes yang berkesan.

2. Energy

Dua pemain ini sangat kuat energy dan stamina dalam diri mereka. Tak pernah lagi tengok mereka tercungap cungap dalam padang.

Ini yang membolehkan mereka kekalkan pengaruh di dalam padang.

3. On ball

jdt vs selangor natxo

Liridon memiliki kemampuan yang lebih baik dalam shielding dan holding bola. Beliau berfizikal sangat besar. Manakala Natxo tak suka simpan bola lama lama.

4. Mobility

Satu aspek yang sangat penting ditawarkan oleh kedua dua mereka adalah mobiliti dan kesanggupan untuk sentiasa terlibat dalam every action.

Before The Battle

Liridon dan Natxo adalah brain kepada pasukan masing masing esok. Sukar untuk mendiamkan mereka dua dindalam padang. Namun jika itu berjaya dilakukan ia akan mampu meneutralkan pusat taktikal.

Liridon sudah banyak kali membuktikan dia boleh ‘berjuang sendiri’ jika terpaksa dalam keadaan rakan lain off form. Tapi Natxo dikelillingi squad depth lebih baik.

Artikel ini ditulis oleh Axello Mane dan diterbitkan disini dengan izinnya.


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: