Analisa Piala AFC JDT Vs Magwe FC

Analisa Piala AFC 2017: Rentak serangan kuasai permainan!

Pada 3 Mei yang lalu, JDT melayan kunjungan Magwe FC dalam saingan Piala AFC untuk melayakkan diri ke Asean Zonal Semi Final dan juga misi menambah MA point untuk memotong kedudukan Hong Kong untuk layak ke Asian Champion League 2019.

Dalam perlawanan tersebut JDT menang ke atas Magwe dengan jaringan 3-1 sekaligus, melayakkan diri ke saingan seterusnya sebagai tempat kedua terbaik ASEAN. Dalam artikel kali ini, kami akan mengulas analisis Piala AFC yang kami dapat sepanjang 97 minit perlawanan tersebut berlangsung.

Separuh masa pertama : Intensity keep the posession ahead!

Untuk fasa 10 minit pertama, JDT dilihat agak longlai pada awal permainan sehingga mendapat wake up call akibat kelalaian dalam marking secara zonal. Minit ke 2, gol yang dijaringkan melalui pemain Magwe iaitu Kyaw Swar Linn yang bijak melepasi dua pemain pertahanan JDT ketika itu.

Zon merah sepatutnya lebih diambil perhatian daripada marking secara man to man

Tersentak dengan jaringan tersebut, JDT mula bermain dengan intensity yang agak tinggi, memaksa pemain Magwe FC dalam keadaan defensive mode namun still dalam open game dengan formasi 4-5-1.

Ketika ini, pertahanan JDT mula bermain high defensive line, untuk memaksimumkan serangan sebanyak yang boleh. Kali ini, beberapa siri serangan mula dicipta di bahagian kiri Magwe FC, memandangkan left side mereka malam tersebut sering menjadi weakest link.

Akhirnya, gol pertama JDT disumbangkan Guererra melalui individual play. Tiada pemain Magwe yang pressing beliau secara langsung.

Ruang yang terlalu besar untuk Guererra. Tiada follow up dari def. Magwe

Separuh masa kedua : Guererra lebih roaming, Magwe masih longgar

Masuk separuh masa kedua intensity JDT mula menurun namun masih lagi mengasak Magwe memandangkan mereka kekal defensive mode. Bahagian kiri Magwe masih lagi menjadi weakest link kerana seringkali bocor pada bahagian tersebut.

Guererra nampak lebih roaming di zon 14 Magwe namun masalah tight area masih menghantui JDT sehingga terpaksa bermain dengan lebih wide. Memandangkan Magwe dalam defensive mode, mereka juga berjaya bermain secara counter dan lebih bergantung kepada target man.

Beberapa siri percubaan solo berjaya melepasi pertahanan JDT yang ketika ini bertahan pada kawasan tinggi. Namun, JDT berjaya mencetak dua lagi gol menerusi flick Safiq yang berjaya di sambar Guererra yang ketika itu dalam memenangi air ball challenge.

Airball challenge simulation

Satu lagi gol penalti yang disempurnakan oleh Guererra setelah Safiq di kasari akibat challenge tackle dalam kotak penalti. Secara kesuluruhannya gameplay yang positif di tonjolkan oleh JDT yang banyak menguasai bahagian tengah melalui gandingan Nazmi-Safiq-Afiq.

Mora juga malam ini nampak lebih relevan dengan memasukan beberapa muka baru yang jarang diturunkan.

MOTM : Gabriel Guererra

Antara pemain paling roaming dalam zon 14. Kredit juga untuk beliau yang berjaya mencipta hatrik dalam perlawanan tersebut, sekaligus mempunyai rekod gol terbanyak tahun ini untuk pasukan JDT. Watak penting dalam menghidupkan role modern no. 9.

Baca juga: Selepas kemenangan JDT, adakah Malaysia sudah memintas MA ranking Hong Kong?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: