Analisa MU

Analisa Piala Malaysia 2017: JDT vs Melaka United, 3 Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Dari Perlawanan Ini

Ternyata peluang yang diberikan jurulatih Morais kepada ‘second string’JDT gagal diambil sebagai satu platform untuk menyakinkan jurulatih tersebut dan para penyokong.

‘Orang dah bagi kau main tu, main lah betul-betul. Ini bukan tempat untuk bersuka ria’

Adakah ‘second string’ JDT gagal menyaingi kemampuan skuad utama JDT? Mungkin kah penyokong terlalu cepat mengadili laluan ‘second string’ JDT?

Artikel kali ini membawakan kepada pembaca 3 perkara yang boleh diambil daripada perlawanan malam tadi (semalam) untuk diubah jurulatih Morais.

1. Peranan ‘twins striker’ Hazwan Bakri dan Darren Lok

Sudah semestinya Ulisses Morais harus memikirkan sesuatu untuk mengembalikan sengat Hazwan Bakri dan Darren Lok. Pemain berjersi No.9 dan No.28 adalah harapan negara dan bermainnya mereka di kelab JDT adalah untuk membuktikan mereka antara penyerang paling berbahaya di Malaysia.

Di dalam sistem 4-3-3 bermodulkan ‘false 9’ apabila menurunkan ‘second string’, salah seorang harus menjadi ‘target man’ di hadapan.

JDT vs Melaka United Hazwan Bakri

Analisa ini tidak menyatakan yang Hazwan dan Darren bermain kurang baik dalam penampilan mereka bersama JDT di dalam sistem ini kerana mereka pernah beraksi cemerlang sewaktu menentang Selangor.

Namun berdasarkan perlawanan malam tadi (semalam), jelas Hazwan dan Darren perlu mengadaptasikan peranan baharu mereka supaya berjaya menyesuaikan diri bersama pasukan.

Apabila Hazwan turun ke bahagian tengah, Darren harus kerap bergerak ke zon tengah menyerang. Dan sebaliknya jika Darren turun ke bawah.

JDT vs Melaka United Darren Lok

Namun untuk memainkan peranan tersebut, mereka perlu lebih fleksibel dalam gerak kerjanya.

2. Kemunculan semula Nazmi Faiz?

Beberapa bulan yang lalu adalah tempoh sukar untuk Nazmi Faiz selepas kemasukkan Natxo Insa. Beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan dan bakatnya hampir berkarat.

Dan Nazmi Faiz harus bertindak dalam kadar segera kerana beliau adalah pemain harapan untuk menggantikan Safiq Rahim. Walaupun perlawanan malam tadi (semalam) bukan lah perlawanan terbaik beliau, namun Nazmi harus dipuji.

Ketidakhadiran Safiq dan kehadiran Afiq banyak memberikan kestabilan di bahagian tengah JDT di samping ruang untuk Nazmi lebih ‘roaming di tengah’. Lebih daripada itu, Natxo Insa turut membantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan beliau ketika melakukan serangan.

Ini membenarkan Nazmi memberi fokus di bahagian tengah bertiga formasi 4-3-3

JDT vs Melaka United Nazmi Faiz

Ketajaman visi yang dimiliki oleh Nazmi menjadi punca gol tunggal JDT apabila hantaran mautnya singgah tepat pada Safawi Rasid sebelum pertahanan Melaka United kucar-kacir. Dan peluang yang diberikan Hazwan kepada beliau dimanfaatkan sebaiknya dengan menjaringkan gol tersebut.

3. Safawi Rasid masih belum bersedia menggantikan Gabriel Guerra

Posisi sayap kiri JDT semalam gagal berfungsi dengan sebaiknya walaupun Nazmi dan Natxo bekerja dengan bebas di bahagian tengah dalam perlawanan menentang Melaka United.

Pemain muda ini gagal menjalankan tugas dengan baik. Hanya beberapa ketika sahaja Safawi menghadirkan masalah kepada pertahanan Melaka United sepanjang tempoh bermain di atas padang.

Jelas lah kenapa Safawi sering bertindak sebagai pemain pilihan kedua di posisi tersebut.

JDT vs Melaka United safawi rashid

Posisi sayap kiri sudah pasti dimiliki Gabriel Guerra yang dimasukkan pada separuh masa kedua. Pemain kelahiran Argentina ini menunjukkan kualiti yang tiada pada Safawi sekaligus menyebabkan para penyokong lebih menagih kehadirannya selepas pemergian Azinee Taib.

Guerra menampilkan kawalan yang baik dan tajam dalam larian dengan dan tanpa bola di posisi sebelah kiri JDT sebelum ditolak bermain sebagai ‘modern false 9’.

JDT vs Melaka United guerra

Namun Guerra harus kekal konsisten kerana jurulatih Morais sudah pasti mahu mengadunkan kepantasan dan kelincahan beliau untuk memberi masalah kepada mana-mana pertahanan lawan selepas ini.

Rumusan

Apa pendapat anda? Adakah masih mahu meragui sistem 4-3-3 yang digunakan dalam pasukan ‘second string’ JDT?

Penulis ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan pesanan ‘Get Well Soon’ kepada Azinee Taib yang mengalami kecederaan pada minit 33.

JDT vs Melaka United Azinee Taib

Anda punyai pendapat lain? Nyatakan di ruangan komen. Penulis berbesar hati untuk mendengarnya

Baca juga: Piala Malaysia 2017: JDT 1 Melaka United 1, Seri Memadai Buat JDT Melangkah ke Separuh Akhir


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: